Bahasa

13 penceroboh Sulu bersenjata disahkan terbunuh, kata Ahmad Zahid

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan gambar menunjukkan tempat mayat penceroboh ditanam. — Gambar oleh Saw Siow FengMenteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan gambar menunjukkan tempat mayat penceroboh ditanam. — Gambar oleh Saw Siow Feng

Menteri Pertahanan tersebut menunjukkan dua gambar beberapa mayat berpakaian biru tua kepada media, terbaring dan dipenuhi dengan kotoran, sambil berkata salinan gambar tersebut akan diedarkan kepada media kemudiaannya.

"Ini adalah gambar kubur dimana mayat telah dikebumikan oleh pengganas," kata Ahmad Zahid, sambil menunjukkan beberapa kepingan kayu yang diletak atas tanah.

Beliau berkata polis forensik telah ditembak tengahari tadi semasa sedang meneliti mayat tersebut, tetapi menyatakan tiadak sebarang kecederaan berlaku.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga berada dalam sidang media sama berkata gambar tersebut menunjukkan “keadaan sebenar di lokasi”.

Ahmad Zahid walaubagaimanapun berkata ia masih jelas bagaimana pengikut Sultan Sulu tersebut mati, memandangkan pasukan forensik masih lagi belum memeriksa mayat tersebut tetapi mendedahkan seorang lelaki bersenjata ditembak mati pagi ini.

“Operasi mengesan dan mencari yang sedang dijalankan adalah dipermukaan kawasan yang sukar dan tidak boleh dipandang ringan,” kata beliau.

Felda Sahabat, lokasi penceroboh bersembunyi hanya dua kali ganda saiz negara Singapura dengan 57 ladang kelapa sawit yang terbahagi merentasi permukaan berbukit, dihubungkan dengan jalan sempit dan lurus.

Kumpulan penceroboh bersenjata tersebut telah mendarat di Lahad Datu pada 9 Februari dan menuntut hak mereka keatas sebahagian kepulauan Borneo tersebut.

Sehingga semalam, masuk 22 hari sejak penceroboh tersebut mendarat, seramai 8 polis Malaysia dan 20 militan dilaporkan terkorban dalam insiden yang berlaku di tiga daerah di Sabah.

Awal pagi ini, Jacel Kiram yang mengakui dirinya sebagai “puteri” Sulu  dalam stesen televisyen Filipina berkata pemimpin pemberontak Agbimuddin Kiram dan kumpulan militannya terselamat dari serangan operasi ketenteraan Malaysia.

Pasukan keselamatan Malaysia menggempur pemberontak bersenjata di Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah semalam, bermula dengan serangan serangan udara pada subuh dengan jet pejuang F18 dan Hawk melepaskan bom ke atas kampung.

Namun hampir serta-merta selepas itu, laporan berita di Filipina berkata Agbimuddin dan orang-orangnya berdiri dan memerhatikan serangan dan letupan dari lokasi tersembunyi kira-kira 1km dari kawasan bom digugurkan.

Dalam penggilan telefon kepada jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani pada pukul 9.30 pagi, Agbimuddin mengatakan orang-orangnya tidak terkena serangan dan bersedia untuk terus melawan.

Selepas serangan udara, tentera darat masuk ke dalam kampung, meneruskan Ops Daulat dengan berhati-hati untuk menghalau keluar penceroboh.

Di sebalik serangan udara dan menghantar lima batalion ke dalam kampung semalam, pihak berkuasa Malaysia mengatakan hari ini mereka masih lagi belum menemui mayat militan Filipina tersebut.

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar mengatakan hari ini hanya seorang pemberontak bersenjata Sulu ditembak mati awal pagi ini dalam kejadian berbalas tembakan antara pasukan keselamatan dengan 200 orang pengikut kesultanan Sulu.

Kumpulan yang mendakwa merupakan pengikut Kesultanan Sulu menegaskan bahawa Sabah adalah milik mereka kerana ia telah diberikan kepada keluarga Kiram oleh Sultan Brunei pada abad ke-17.

Sabah walau bagaimanapun menyertai Malaysia pada tahun 1963. Malaysia mengatakan pembayaran tahunan RM5,300 kepada kesultanan Sulu dibayar kerana penyerahan hak negeri Borneo itu.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.