Bahasa

Gempa Turki: Angka kematian lepasi 200, diramal terus naik

Pasukan mencari dan menyelamat membantu mereka yang terperangkap dalam runtuhan bangunan ekoran gempa bumi di Ercis. — Foto ReutersPasukan mencari dan menyelamat membantu mereka yang terperangkap dalam runtuhan bangunan ekoran gempa bumi di Ercis. — Foto ReutersISTANBUL, 24 Okt — Lebih 200 orang disahkan terbunuh dalam gempa bumi berukuran 7.2 yang memusnahkan bahagian barat Turki, kata Menteri Dalam Negeri Idris Naim Sahin hari ini.

Beliau yang menyelia operasi kecemasan di Ercis, salah satu bandar yang teruk dilanda gempa bumi, Idris berkata, seramai 117 orang disahkan maut di Ercis manakala 100 lagi terbunuh di Van.

Seramai 1,090 lagi dilaporkan cedera dalam gempa bumi yang melanda petang semalam, katanya.

Pegawai-pegawai mendakwa beratus-ratus orang masih belum dikesan.

Terdahulu, Perdana Menteri Tayyip Erdogan berkata sekurang-kurangnya 138 orang terbunuh dalam gempa bumi kuat yang menggegarkan Turki semalam, tetapi bilangan mereka yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan di wilayah Van masih belum diketahui.

Tayyip melawat bandar Ercis menggunakan helikopter untuk melihat tahap kerosakan dan kemusnahan.

Sebalik sahaja kembali daripada tinjauan, Tayyip dalam satu kenyataan disiarkan menerusi televisyen berkata, sekurang-kurangnya 93 orang disahkan terbunuh di bandar Van dan 45 lagi di Ercis.

Tayyip menambah Turki berupaya untuk menangani malapetaka itu dan mengucapkan terima kasih kepada negara-negara yang hendak menghulurkan bantuan termasuk Israel dan Armenia, kerajaan yang mempunyai hubungan dingin dengan Ankara sejak kebelakangan ini. — Reuters

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.