Bahasa

1,487 anggota tentera naik pangkat

February 21, 2013

KUALA LUMPUR, 21 Feb —  Kira-kira 8,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia akan mendapat kenaikan pangkat tahun ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya kerajaan akan mengkaji serta menambahbaik skim perkhidmatan untuk menentukan kebajikan anggota tentera dan keluarga mereka terus terjamin.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas menyempurnakan majlis pemakaian pangkat bagi 1,487 anggota Lain-lain Pangkat di Kem Perdana, Sungai Besi di sini.

Kenaikan pangkat itu melibatkan prebet dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal dan Lans Koperal dinaikkan kepada Koperal.

Mereka telah berkhidmat lima tahun atau 10 tahun ke atas. Ahmad Zahid berkata majlis pemakaian pangkat seumpama itu adalah pertama kali diadakan dalam sejarah ATM.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Rodzali Daud. — Reuters

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi