Bahasa

150 berjalan sempena ulangtahun Bersih 2.0

Oleh Nomy Nozwir
July 09, 2012

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Lebih kurang 150 orang dari pergerakan “Kill The Bill” hari ini berjalan dari Dataran Merdeka ke Stadium Merdeka bagi memperingati ulangtahun pertama Bersih 2.0 yang berlaku tahun lalu.

Meskipun hujan turun pada jam 7.30 malam, ia bukanlah penghalang bagi mereka untuk berjalan hampir 3 kilometer dari Dataran Merdeka, melalui Jalan Tun Perak dan Jalan Sultan sebelum menuju ke Stadium Merdeka.

Mereka menjerit “Bersih” sambil mengedarkan risalah tentang penipuan pilihan raya yang dikatakan masih belum diselesaikan SPR.

“Kita sudah merdeka sejak tahun 1957 atau 1963, tetapi itu dengan penjajah.

“Hakikatnya kita masih belum merdeka kerana kita tidak dibenarkan bersuara”, kata salah seorang demonstran yang berucap dalam perarakan itu.

Bersih 2.0 berlangsung pada 9 Julai 2011 dengan dikatakan hampir 60,000 orang turun – menyaksikan pertempuran antara polis dan para demonstran di hadapan Hospital Tung Shin.

Selain itu mereka juga mahu para demonstran sedar tentang penipuan yang berlaku dalam urusan tanah berkenaan dengan laluan MRT di Jalan Sultan dan pembinaan bangunan berharga RM5 billion Menara Warisan Merdeka.

“Kita mahu rakyat sendiri menentukan masa depan mereka sebab itu kami tidak mahu mereka menipu,” kata seorang lagi wakil Kill the Bill.

Perjalanan berjalan secara aman dan tiada tangkapan berlaku. Perarakan berakhir dengan nyanyian lagu Negaraku.

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi