Bahasa

30 peratus kuota rumah murah di Bayan Mutiara dijual kata Guan Eng

Oleh Shannon Teoh
April 01, 2012

KUALA LUMPUR, 1 April — Sesiapa yang mencari rumah dengan harga berpatutan di Pulau Pinang akan mendapat manfaat RM1.1 bilion daripada penjualan 103 ekar tanah prima di Bayan Mutiara kepada Tropicana Ivory Sdn Bhd (TISB) yang mana hampir satu daripada tiga hartanah yang dibina harus lebih rendah daripada kos medium, kata Ketua Menteri.

Ketua Menteri Lim Guan Eng menjelaskan kepada The Malaysian Insider, TISB harus memastikan 30 peratus kediaman dibina berada di bawah harga medium (LMC) antara RM72,500 kepada RM220,000, selain sebahagian daripada tanah yang dijual akan dipindahkan kepada dana negeri untuk membina rumah murah yang bernilai RM500 juta.

“Tiada pengecualian,” kata Setiausaha Agung DAP ini (gambar). “Mereka diminta untuk membina 30 peratus di pulau, bukannya tanah besar. Mereka boleh bina di luar Bayan Mutiara, tapi mereka perlu cari tanah, jadi ia pasti akan berada di sana.”

Kumpulan pengguna, ahli politik dan pemerhati telah memberikan kritikan kepada kerajaan negeri kerana tidak mengendahkan rumah mampu milik di kawasan pulau dengan memberikan kebenaran kepada pembangunan Penang World City pada harga RM10 bilion.

Peningkatan modal pelaburan sejak Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pada 2008 telah menyaksikan Pulau Pinang menewaskan negeri lain dari aspek pelaburan untuk dua tahun dengan kenaikan harga hartanah dan peningkatan kebimbangan trafik.

Tapi TISB telah mengumumkan 15 peratus daripada 800 ke 1000 peningkatan unit untuk fasa pertama akan berharga RM300,000 dan RM500,000, bergantung kepada kawasan pembinaan dengan kadar antara 600 kaki persegi dan 800 kaki persegi.

Fasa PWC akan menyaksikan peningkatan 15 peratus harga hartanah dalam kadar berpatutan antara RM300,000 dan RM500,000.

Kepimpinan DAP turut menerima tekanan dengan harga jualan penghujung 2010 pada RM240 sekaki persegi yang mana pemimpin Barisan Nasional (BN) kata di bawah harga pasaran RM420 sekaki persegi.

Lim turut menegaskan kerajaan persekutuan telah menilaikan harga tanah pada RM65 sekaki persegi pada November 2009, lima bulan sebelum tender dibuka pada April tahun berikutnya.

“Saya letakkan harga pada RM200, tiga kali ganda daripada harga,” katanya dalam satu temuramah. “Saya hanya letakkan taruhan kerana saya yakin dengan Penang. Tapi sekiranya boleh dijual pada RM420, saya beri pada awak. Cakap biar serupa bikin.”

Tambahnya TISB hanya menjual 70 ekar sedangkan syarikat akan membayar kos untuk 30 ekar tanah lagi, yang bermakna harga sebenar sekaki persegi adalah lebih tinggi.

Ahli Parlimen Bagan ini turut menafikan dakwaan kerajaan negeri “membiayai” projek tersebut yang mana 55 peratus dimiliki oleh syarikat pemaju Dijaya Corporation, kerana membenarkan mereka membayar RM1.1 bilion kadar faedah percuma selama ansuran selama lima tahun.

Beliau turut menjelaskan pembayaran balik untuk lapan tahun, tapi “kami arahkan mereka untuk mengubah perjanjian” dan menurunkan tempoh kepada lima tahun.

Lim turut merujuk kepada perjanjian Lebuhraya Jelutong yang ditandatangani pada 1997 oleh pentadbiran BN yang mana telah memberikan IJM Land RM33 juta kadar geran faedah percuma dan hanya akan habis dibayar pada 2015.

“Siapa yang perlu bayar RM1.1 bilion? Dan ini adalah tunai, bukannya pegangan saham. Bagi lebuhraya tersebut mereka memberikan 300 ekar lebih dan RM33 juta untuk lebuhraya, saya hanya 100 ekar tapi kami dapat RM1.1 bilion,” katanya.

Beliau turut menegaskan RM500 juta daripada persetujuan itu diperlukan untuk dana pembinaan rumah murah berikutan kerajaan negeri bercadang untuk membina antara 12,000 hingga 15,000 unit “dan memberikan ameniti termasuk sungai buatan dan padang bola sepak” di Batu Kawan yang akan menelan belanja hingga RM3 bilion.

Negeri berkenaan telah melantik Surbana, pemaju flat HDB Singapura, perunding untuk 200 ekar skim rumah murah Bandar Cassia untuk dibina bagi fasa seterusnya 15 tahun lagi.

Surbana adalah anak syarikat Singapura yang mana melibatkan pembinaan jutaan flat kos rendah di pulau berkenaan dan sekarang lebih 80 peratus populasi republik tersebut.

“Kami akan mengalami kerugian, antara RM300 hingga RM500 juta,” kata Lim.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi