31 aktivis ‘Occupy Pejabat MB’ ditahan polis
Activis tahanan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan untuk didakwa. KUALA LUMPUR, 11 Julai — 31 aktivis yang menyertai demo “Occupy Pejabat MB” ditahan polis setelah berkhemah di hadapan bangunan pejabat Menteri Besar Pahang, di Kuantan malam tadi.
Aktiviti “Occupy Pejabat MB” dilakukan untuk menyelesaikan masalah penduduk di Cameron Highlands, dipelopori oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Menurut Setiausaha Agung PSM, S Arulchelvan, terdapat 31 orang terdiri daripada 13 lelaki dewasa, 12 wanita dewasa dan enam kanak-kanak telah ditahan polis dalam kejadian itu.
“Pada jam 9 pagi mereka sepatutnya didakwa, tapi mereka dirujuk ke Jabatan Peguam Negara,” kata Arul.
“Kesalahan kecik Seksyen 90 Akta Polis.
“Sebab pihak di Kuantan tidak boleh menguruskan hal ini, jadi mereka serahkan kepada Putrajaya untuk menyelesaikan masalah ini,” kata Arul lagi.
Seorang tahanan pengsan dalam lokap Majistret.Peserta tertua yang ditahan adalah seorang wanita berusia 90 tahun manakala yang termuda, berusia 5 tahun.
Menurut Arul lagi, selain dari PSM, terdapat juga rakan-rakan dari Stop Lynas dan ahli-ahli parti Pakatan Rakyat menunjukkan solidariti.
“Kami hanya duduk di kawasan rumput dan dalam keadaan aman, tiba-tiba polis datang dan memberi amaran kepada kami.
Arulchelvan: Gambar fail“Kemudian mereka menangkap kami dan ada yang dicederakan. Polis bertindak keras dalam kejadian itu,” kata Arul ketika dihubungi pagi ini.
Terdapat tujuh isu utama dituntut oleh peserta Occupy Pejabat MB iaitu:
1. Empat kes petani bertani selama 40 tahun tanpa lesen menduduki tanah sementara(TOL).
2. Satu kes kawasan rumah diberi kepada kroni BN walaupun sudah 42 tahun menetap di sana.
3. Sepasang suami isteri tiada rumah/tanah untuk berpindah meskipun untuk rumah dan tanah 30 tahun lalu
4. Permohonan kawasan gerai ditolak dan diberi kepada pihak lain.
5. Kes gerai ibu tunggal yang dirobohkan
6. Empat keluarga di Green Cow diancam bahaya tanah runtuh kerana Pejabat Daerah telah meluluskan permit menolak tanah.
7. Dua kes pegerai Kea Farm yang gerai mereka akan diroboh untuk beri laluan kepada pemaju swasta.
Setakat ini masih belum ada yang dibebaskan atau didakwa.Satu kumpulan perempuan dan kanak antara activis tahanan dibawa ke lokap Majistret.







