Bahasa

Adam Adli mendapat kebenaran mahkamah cabar keputusan universiti

June 21, 2012

KUALA LUMPUR, 21 Jun — Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), c, hari ini mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan universiti itu menggantungnya kerana dikatakan melanggar peraturan universiti.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim meluluskan permohonan Adam Adli itu bagi penyemakan penghakiman selepas mendengar hujah kedua-dua pihak dalam kamarnya.

Peguam kepada Adam Adli (gambar), Fadiah Nadwa Fikri, memberitahu pemberita bahawa hakim memberi kebenaran itu atas alasan permohonan punya merit dan bukan dibuat secara suka-suka.

Peguam itu berkata mahkamah akan menetapkan kemudian tarikh pendengaran bagi permohonan penyemakan sepatutnya penghakiman tersebut.

Pada 17 April, Adam Adli, 23, pelajar semester kelima Pengajian Inggeris

sebagai Bahasa Kedua, memfailkan permohonan dengan menamakan universiti itu, jawatankuasa rayuan tatatertib dan kerajaan sebagai respondan.

Beliau memohon supaya Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan jawatankuasa rayuan pada 8 Mac yang menolak rayuannya terhadap perintah jawatankuasa tatatertib UPSI yang menggantungnya.

Pada 9 Jan, jawatankuasa tatatertib memerintahkan penggantungan selama tiga

semester ke atas Adam Adli yang akan berakhir penghujung September tahun depan.

Dalam permohonannya itu Adam Adli berkata dia didapati bersalah oleh

jawatankuasa tatatertib kerana memburukkan nama universiti itu dan  mengganggu ketenteraman serta keselamatan awam. — Bernama

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi