Bahasa

Adnan Yaakob pegang enam portfolio kerajaan Pahang

KUANTAN, 20 Mei — Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini mengumumkan senarai portfolio Anggota Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang.

Adnan (gambar) sendiri mempengerusikan enam jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran; Jawatankuasa Pelaburan dan Perindustrian; Jawatankuasa Hal Ehwal Orang Asli dan Kebajikan Masyarakat; Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan; Jawatankuasa Perancangan, Kewangan, Tanah, Perhutanan dan Sistem Penyampaian Awam; dan Jawatankuasa Khas Perpaduan.

Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin (Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan), Datuk Mohd Soffi Abd Razak (Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar).

Datuk Wan Rosdy Wan Ismail (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran), Datuk Shafik Fauzan Sharif (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani).

Datuk Shahiruddin Ab Moin (Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan), Datuk Abu Bakar Harun (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda), Datuk Mohd Johari Hussain (Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan).

Norol Azali Sulaiman (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas), Datuk Shahaniza Shamsuddin (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia), Syed Ibrahim Syed Ahmad (Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas) . — Bernama

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments