Bahasa

Agama merapat tali persaudaraan, kata ustazah dan paderi di Sabah

Nooraidah mempunyai Bible berbahasa melayu, Al Kitab demi memahami Kristian. – Gambar failNooraidah mempunyai Bible berbahasa melayu, Al Kitab demi memahami Kristian. – Gambar fail

KENINGAU, 28 Feb – Pertelingkahan penggunaan perkataan “Allah” untuk merujuk kepada Tuhan masih lagi menjadi isu di Malaysia, sebuah kelurga yang terdiri daripada penganut Katolik dan Islam di Sabah menunjukkan persefahaman meskipun berbeza agama.

Ustazah Nooraidah Hidayah Dakun, 45, dan Father Francis Dakun, 44, yang dilahirkan dalam keluarga Pagan di Tambunan, namun mereka dan 10 beradik, menganut Islam dan Kristian ketika zaman remaja, sementara kedua ibu bapa mereka kemudiannya menganut katolik pada 2000.

Nooraidah, yang menetap di Keningau, berkata beliau turut mempunyai Bible berbahasa melayu, Al Kitab, demi memahami Kristian.

Bagaimanapun, adik lelakinya, yang merupakan paderi Kristian Katolik berkata, beliau dan empat beradik Kristiannya tidak pernah berkeinginan mengubah pegangan akidah tujuh adik beradiknya yang menganut Islam menukar agama kerana menghormati anutan masing-masing.

“Kami tidak melihat agama untuk memecah belahkan kami, namun ia lebih merapatkan hubungan kami,” kata Nooraidah kepada The Malaysian Insider

Keluarga Dakun yang berbilang agama ini menimbulkan situasi berbeza di Semenanjung, apabila mereka menggesa supaya Al Kitab dibakar dan di mana majoriti pengundi Melayu/ Muslim mendakwa perkataan “Allah” adalah hak mutlak mereka merujuk kepada Tuhan, berdasarkan kaji selidik terbaru.

Francis, yang merupakan paderi kepada 15,000 penganut Kristian di Kathedral Francis Xavier, Keningau berkata penggunaan perkataan “Allah Bapa” digunakan di dalam Bahasa Malaysia pada hari Ahad di gereja yang menyaksikan kehadiran sekitar 2,000 ke 3,000 orang dalam satu-satu masa.

“Perkataan ‘Allah’ biasa buat kami ... keseluruhan Sabah, terutamanya di Keningau, tiada sebarang masalah menggunakan perkataa itu. Malah Muslim di sini juga menghormatinya,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Isu itu tidak timbul di sini. Masyarakat juga tidak mengendahkan perkara itu,” katanya.

Beliau juga menjelaskan al-Quran turut menyeru Muslim untuk membaca risalah atau pun Kitab agama lain, termasuk Bible, untuk memahami mengenai agama berkenaan.

Jelas Nooraidah, beliau pernah menganut Katolik ketika berusia 12 tahun dan berkeinginan menjadi rahib, namun kemudiannya memeluk Islam tiga tahun kemudian selepas mendengar suara hati berulang kali berkata “kita perlu diselamatkan selagi masih hidup, dan kita perlu diselamatkan bila kita mati.”

“Di dalam mimpi saya, ada sesutu yang menarik minat saya agar saya memeluk Islam, dan saya harus mengetuainya,” katanya.

Ustazah itu kemudiannya memeluk Islam secara rahsia sedangkan ibu bapanya, saudara-mara dan komuniti Dusun menentang Islam.

Bapa dan nenek Nooraidah  adalah dukun dalam komuniti Dusun atau lebih dikenali dengan gelaran “Bobolian” bagi suku kaum Dusun. Setiap tahun selepas musim menuai, Bobolia akan melakukan upacara ritual, dipanggil “menerebung”, bagikeluarganya termasuk menyembelih khinzir dan meminum alkohol daripada ubi kayu dipanggi “tapai”.

“Tapai sangat penting untuk mengukuhkan persahabatan. Komuniti ini berkata Islam tidak seharusnya datang ke sini,” kata Nooraidah.

Nooraidah pernah menganut Katolik ketika berusia 12 tahun. Namun, dia memeluk Islam tiga tahun kemudian selepas mendengar suara hati. Nooraidah pernah menganut Katolik ketika berusia 12 tahun. Namun, dia memeluk Islam tiga tahun kemudian selepas mendengar suara hati. Beliau menjelaskan, bapanya bagaimanapun menerima anutannya itu lima tahun kemudian.

“Ketika saya mencari Islam, saya terjumpa perkataan ‘Allah’ dalam kitab Kristian. Ia bermaksud saya telah menemuinya ... Allah dalam Islam adalah Allah SWT. Dia yang saya cari. Akhirnya saya menganut Islam. Saya tidak takut kerana selagi saya hidup, dan saya tidak lagi takut selepas saya meninggal dunia,” katanya.

Francis yang mengajar di Kolej St Peter di Kuching Sarawak berkata, Kristian menjadi agama pilihannya ketika berusia 14 tahun.

Saya mempunyai ramai rakan Katolik, jadi saya lebih terdorong untuk bersama mereka,” katanya.

Tambah Francis, beliau dan keluarganya menyambit Krismas dan hari Raya Aidilfitri bersama di Tambunan setiap tahun.

Bapanya, kata Francis yang meninggal dunia pada 2003 telah membina dua dapur selepas mereka menukar anutan untuk adik-beradiknya yang beragama Kristian dan islam.

“Adik-beradik saya yang beragama Islam tidak makan khinzir. mereka yang lain beragama Kristian makan berbagai jenis hidangan khinzir, jadi kami tidak mencampur alatan memasak,” kata Francis.

Nooraidah bagaimanapun berkata, keluarganya kini hanya menggunakan satu dapur kerana keluarga bukan Muslim mereka telah berhenti memakan khinzir ketika perayaan walaupun alkohol masih lagi dihidangkan di luar rumah.

“Sebelum ini bapa membina dapur berasingan. Namun sekarang semua faham ... kami ada sahabat Cina yang melawat ke rumah terbuka sambutan Tahun Baru Cina mereka dan secara automatik mereka memesan katering Muslim. Jiran kami menjemput kami untuk menyambut Krismas. Dia turut memesan katering Muslim.”

Di Kota Kinabalu, turut terdapat sebuah restoran yang menjual nasi campur Cina dan Melayu ketika waktu makan tengahari, yang mana amat jarang dilihat di Kuala Lumpur.

Perdebatan agama jelas Francis sering berlaku ketika mereka baru menganutinya.

“Kami jarang berbincang mengenainya (sekarang). Kami lebih fokus kepada kehidupan bersama ... bagi kami, agama itu menyatupadukan kami,” katanya.

“Jika kami terus bertelagah, bertengkar, tidak mendatangkan keuntungan kerana tujuan agama adalah untuk kehidupan harmoni, untuk disayangi. Jadi kami ikut nilai-nilai tersebut. Kami sedar yang kami tidak cuba menukar agama masing-masing kerana rasa hormat itu lebih penting ... jika seseorang itu telah memilij anutannya, biarkan selagi mereka gembira,” kata paderi tersebut.

Terdapat lebih kurang 40,000 penganut katolik di Keningau, kata Francis, yang mana merupakan bandar pertanian dan pembalakan, terletak dua jam perjalanan melalui jalan berliku di kawasan pergunungan daripada Kota Kinabalu.

an Kristian hanya membentuk 10 peratus daripada 28 juta populasi negara ini, yang membentuk kumpulan agama terbesar negara di Malaysia Timur, dan Bible digunakan di dalam bahasa kebangsaan secara meluas.

Pertikaian berhubung perkataan “Allah” timbul ketika 1980an apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah pemerintahan Dr mahathir Mohamad melarang kemasukan Bible berbahasa Melayu dihantar dari Indonesia.

Pentadbiran Datuk Seri najib Razak bagaimanapun mengemukakan 10 formula pada April 2011 untuk menyelesaikan isu itu sebelum Pilihan raya Sarawak, yang mana Kristian membentuk separuh daripada populasi di negeri tersebut.

Dalam 10 resolusi berkenaan, Kabinet melalui menterinya, Datuk Seri Idris Jala menjamin populasi kristian yang besar di Sabah dan Sarawak bahawa mereka bebas menggunakan dan memiliki Bible dalam bahasa Melayu mahupun bahasa ibunda mereka.

Pemimpin Muslim dan agama minoriti di Semenanjung telah sekian lama bertelagah berkenaan isu perkataan “Allah”, berikutan Mahkamah Tinggi pada 2009 membenarkan Gereja Katolik untuk menerbitkan akhbar mingguan berbahasa Melayu, dan menggunakan perkataan “Allah” untuk pembaca Kristian mereka di Sabah dan Sarawak.

Muslim merupakan kumpulan agama terbesar di Malaysia dan membentuk 60 peratus daripada keseluruhan populasi dan Kristian adalah minoriti yang sering berhadapan dengan isu menentang kumpulan bukan Muslim.

Kaji selidik Merdeka Center yang dijalankan ke atas 1,021 pengundi di Semenanjung Malaysia pada akhir Januari melaporkan 83 peratus pengundi Melayu - yang membentuk 59 peratus responden - berkata Muslim ada hak mutlak untuk menggunakan perkataan “Allah” merujuk kepada Tuhan mereka.

Sejumlah 34 peratus pengundi Melayu turut menyokong gesaan Datuk Ibrahim Ali untuk membakar Bible berbahasa Melayu yang menggambarkan Tuhan Kristian sebagai “Allah.”

Pengasas dan presiden Perkasa itu, kumpulan Melayu berhaluan kanan telah menimbulkan krisis keagamaan pada Disember sebagai repon kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menggesa Putrajaya untuk menarik balik larangan penggunaan Bible berbahsa Melayu di Sabah dan Sarawak yang telah sekian lama menggunakan perkataan “Allah” di dalamnya.

 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.