Agong terima memorandum tuntutan Anak untuk bantah FGVH
KUALA LUMPUR, 14 Julai – Enam orang wakil dari Himpunan Oren pada hari ini menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk campur tangan ke atas penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke bursa saham, hari ini.
Kumpulan itu diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu, dan antaranya ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka FELDA (Anak), Mazlan Aliman.
“Kami mengharapkan Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai Ketua Negara yang amat kami hormati untuk menasihatkan YAB Perdana Menteri dan pihak pemerintah, supaya membatalkan penyenaraian yang sudah berlaku,” menurut petikan yang tertulis dalam memorandum tersebut, yang diserahkan kepada Agong jam 3.30 petang tadi.
Sebelum itu, ribuan penunjuk perasaan berjalan dari Masjid Wilayah Persekutuan ke sebuah jalan yang menuju ke pintu 3 Istana Negara.
Mereka memakai baju jingga dan mendesak agar Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Abdul Samad dipecat dan melaung “Pecat Isa Samad”, “Hidup Peneroka” dan “Hancur Najib”.
Memorandum itu diserahkan kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Khairi Abdul Rahman.
Perhimpunan bersurai pada sekitar enam petang dalam keadaan aman dan tiada kekecohan.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan mengatakan bahawa pihak polis menjangkakan para penunjuk perasaan adalah sekitar 1,000 hingga 2,000 orang.
KUALA LUMPUR, 14 Julai – Enam orang wakil dari Himpunan Oren pada hari ini menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk campur tangan ke atas penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke bursa saham, hari ini.



