Bahasa

Ahli akademik Abdurrahim el-Keib dilantik PM baru Libya

TRIPOLI, 1 Nov — Pihak berkuasa sementara Libya menamakan ahli akademik Abdurrahim al-Keib sebagai perdana menteri baru negara itu — beberapa hari selepas ia diisytiharkan bebas susulan kematian Muammar Gaddafi.

Pengumuman itu dibuat seiring dengan langkah menamatkan operasi NATO ke atas Libya yang telah membantu kepada usaha menggulingkan Muammar yang memerintahnya selama 42 tahun.

Sehubungan itu, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mahu satu kongres nasional dilantik dalam tempoh lapan bulan dan mengadakan pilihan raya pelbagai parti pada 2013, lapor BBC.

Abdurrahimm, ahli akademik yang khusus dalam jurusan kejuruteraan elektrik dan berpeabat di Tripoli, mengatasi lapan calon untuk menerima 26 daripada 51 undi daripada NTC.

 

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments