Bahasa

AirAsia tawar promosi ‘jualan istimewa 48 jam’

June 20, 2012

KUALA LUMPUR, 20 Jun – AirAsia menawarkan promosi jualan istimewa 48 jam bagi meraikan pelantikan Aireen Omar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Operasi Malaysianya yang baharu.

Mulai esok, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di dunia itu menawarkan tambang serendah RM38 untuk perjalanan sehala bagi destinasi dalam negara dan RM48 sehala untuk destinasi antarabangsa.

Promosi itu ditawarkan untuk destinasi pilihan dalam laluan AirAsia meliputi 77 destinasi di 23 negara.

“Pengguna boleh terbang mulai 1 Julai hingga 30 Ogos, 2012 menerusi promosi ini,” kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Antara destinasi terlibat ialah Langkawi, Kota Kinabalu, Hatyai, Ho Chi Minh City dan Singapura. – Bernama

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi