Bahasa

AmBank terbit empat waran opsyen beli baharu

June 19, 2012

KUALA LUMPUR, 19 Jun — AmBank (M) Bhd menerbitkan empat waran berstruktur penyelesaian tunai ala Eropah bagi memenuhi permintaan pelanggan untuk memperoleh peluang-peluang perdagangan dan pelaburan alternatif dalam pasaran semasa.

Ia akan menerbitkan dua waran opsyen beli untuk Gas Malaysia Bhd, pada harga berbeza, dan satu masing-masing untuk China Stationery Ltd (CSL) dan Facebook Inc.

“Waran berstruktur itu akan diterbitkan hari ini dengan saiz terbitan masing-masing sebanyak 100 juta saham bagi tempoh kira-kira 12 bulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Waran berstruktur AmBank itu akan disenarai di pasaran saham menerusi kaedah “peniaga beli dan jual”.

Pengarah/Ketua Derivatif Ekuiti Aminvestment Bank Bhd Ng Ee Fang berkata tawaran awam permulaan Gas Malaysia diterima baik oleh pasaran berdasarkankeuntungan dua angka apabila disenarai pada 11 Jun.

“Saham itu untung 22 sen atau 10 peratus menghampiri RM2.42 pada hari pertama penyenaraian,” katanya dan menambah, minat pasaran dalam kalangan pelabur domestik terus berdaya tahan.

Waran opsyen beli AmBank ke atas CSL merupakan waran berstruktur pertama bagi syarikat asas yang akan diterbitkan dan didagangkan di Bursa Malaysia memandangkan AmBank mahu memperkenal dagangan bahru dan pelaburan alternative dalam pasaran.

Tawaran itu disasar untuk pedagang yang mahu berurus niaga pada arah tuju dan turun naik Gas Malaysia, CSL dan Facebook, selain memperoleh manfaat pendedagan pada saham-saham asas.

Waran opsyen beli baharu mempunyai nisbah hutang antara 3.29 dan 9.78, kata kenyataan itu. — Bernama

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi