Bahasa

KUALA LUMPUR, 23 Julai — AmBank (M) Bhd telah menerbitkan enam waran berstruktur ala-Eropah yang baharu bagi memenuhi permintaan para pelabur untuk urus niaga dan pelaburan dalam senario pasaran pada masa ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank berkata di bawah Program Jual Beli AmBank, terdapat tiga pasangan waran panggilan dan waran jual beli (CW dan Pw) dalam saham-saham biasa MBM Resources Bhd, Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dan RHB Capital Bhd. 

“Waran berstruktur itu akan mempunyai tempoh matang 13 bulan dan akan disenaraikan untuk urus niaga esok dengan saiz terbitan sehingga 100 juta setiap satu,” katanya.

Keenam-enam waran berstruktur itu akan disenaraikan menerusi kaedah pasaran, tambahnya.

Untuk CW dan PW AmBank ke atas MBM Resources, RHB Capital and MBSB, masing-masing berharga 15 sen setiap satu dengan gearan 3.61 kali, 7.13 kali dan 5.53 kali.

“Tawaran ini disasarkan kepada peniaga sofistikated yang mahu berurusniaga

berdasarkan hala tuju dan kemudahruapan MBM Resources, RHB Capital dan MBSB. 

“Waran-waran CW dan PW itu mempunyai gearan antara 3.61 dan 7.13 dan disasarkan kepada para pelabur yang mahu menikmati penzahiran leveraj,” tambahnya. — Bernama

"}

Ambank terbit enam waran panggilan dan jual baharu

July 23, 2012

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi