Bahasa

Anak Nik Aziz tanding kerusi Parlimen Pasir Mas

April 18, 2013

MACHANG, 18 April — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Anaknya, Nik Mohd Abduh, merupakan calon baru yang akan bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas, PAS mengumumkan di sini malam tadi.

Kesemua exco kerjaan negeri Kelantan dikekalkan untuk mempertahankan kerusi DUN masing-masing  kecuali Datuk Takiyuddin Hassan yang dipindahkan dari DUN Bunut Payong ke Parlimen Kota Bharu.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang sebelum ini diumumkan bertanding di Parlimen Putrajaya turut mempertahankan kerusi DUN Salor. Bagaimanapun, PAS tidak mengumumkan dua kerusi DUN iaitu Guchil dan Paloh iaitu masing-masing di Parlimen Gua Musang dan Kuala Krai.

Selain Nik Mohd Abduh, 16 muka baru ialah Dr Ramli Mamat (DUN Bunut Payong), Rozi Mamat (DUN Tendong), Rosul Mohamad (DUN Bukit Tuku), Abdul Rahman Yunus (DUN Pasir Tumboh), Mumtaz Nawi (DUN Demit), Ruzaimi Hussin (DUN Perupok), Dr Yusman Yusof (DUN Melor), Nik Mahadi Nik Mahmood (DUN Kok Lanas), Mazlan Hasbullah (DUN Limbongan), Tuan Mazlan Tuan Mat (DUN Gaal), Rosli Ismail (DUN Kemuning), Supli Razak (DUN Bukit Bunga), Ramlan Mat (DUN Kuala Balah), Azihan Che Seman (DUN Nenggiri), Ezani Hussin (Parlimen Pengkalan Chepa), Ahmad Marzukh Shaari (Parlimen Bachok). Golongan muslimat yang diumumkan itu adalah Mumtaz Nawi bagi DUN Demit, Zailah Mohd Yusof (Parlimen Rantau Panjang), Wan Ubaidah Umar (DUN Kijang) dan Wan Rohani Ibrahim (DUN Tanjong Mas).

PKR diperuntukkan tiga kerusi Parlimen iaitu Nik Mahmood Nik Hassan (Tanah Merah), Abdul Aziz Abdul Kadir (Tanah Merah) dan Wan Zawawi Wan Ismail (Machang). Bagi kerusi DUN pula, calon PKR ialah Shahrom Ibrahim (Pengkalan Kubor), Azihan Che Seman (Nenggiri) serta Guchil dan Paloh yang tidak diumumkan lagi. — Bernama

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi