Bahasa

Anak Nik Aziz minta menantu Pak Lah tidak ambil tindakan populis

December 18, 2013

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar jangan ambil tindakan populis, kata Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Gambar fail.Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar jangan ambil tindakan populis, kata Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Gambar fail.Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin Abu Bakar diminta tidak mengambil tindakan populis untuk membela golongan belia tetapi segera menjawab keresahan rakyat susulan daripada kenaikan harga barang dan perkhidmatan hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dalam satu kenyataan hari ini berkata, apabila sudah berlaku kenaikan harga, baru Khairy mengeluarkan kenyataan hendak berbincang dan kononnya membela nasib golongan belia.

Katanya, ramai ahli Dewan Rakyat yang bersidang sehingga 5 Disember lalu termasuk senator yang sedang bermesyuarat hari ini menyuarakan hasrat hati belia namun, setakat ini tidak diketahui apakah tindakan kerajaan dalam menangani perkara ini.

Rakyat Malaysia kini menghadapi pelbagai masalah daripada kemelut hutang peribadi, pengangguran, gejala sosial, pemilikan harta, akses pendidikan kualiti hingga teras jati diri.

Terbaru, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri mendedahkan seramai 68,300 belia diisytihar muflis dari 2005 hingga 2012.

Nik Abduh, anak kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu berkata, apa yang dilakukan Menteri Belia dan Sukan berkenaan secara tidak langsung dilihat menjawab segala tindakan kerajaan yang menstrukturkan subsidi sejak September lalu.

Beliau berkata, belia hanya mengharapkan bebanan kesilapan kerajaan dalam mengurus ekonomi negara tidak terus diletakkan ke atas bahu mereka.

"Saya melihat platform yang diwujudkan untuk menyuarakan pandangan belia sudah banyak sama ada secara formal atau tidak formal.

"Cuma, bagaimana program yang disusun dan diimplementasikan oleh kerajaan selama ini efektif dan efisyen dalam menyelesaikan akar masalah belia," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau menyeru kerajaan segera mengambil langkah konkrit untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat sebelum 1 Januari 2014 ini.

Katanya, penstrukturan subsidi dan kenaikan harga barang serta caj perkhidmatan memberi impak negatif terutama kepada golongan berpendapatan sederhana di kawasan bandar. – 18 Disember, 2013.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi