Bahasa

Anak Patto dicalon bertanding di Batu Kawan

Kasthuri Patto diletak bertanding di kawasan Parlimen Batu Kawan. - Gambar failKasthuri Patto diletak bertanding di kawasan Parlimen Batu Kawan. - Gambar fail

Kasthuri Patto, 33, diletak bertanding di kawasan Parlimen Batu Kawan.

Zairil Khir Johari, 30, Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula merupakan calon tunggal Melayu yang akan bertanding di kawasan Parlimen Bukit Bendera.

Guan Eng pula akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan dan DUN Air Putih manakala Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh dan anaknya Jagdeep Singh Deo masing-masing akan mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gelugor dan DUN Datok Keramat.

Dua lagi calon muka baharu wanita ialah Yap Soo Huey, 30, dan Lim Siew Khim, 42, yang masing-masing akan bertanding di Dun Pulau Tikus dan Dun Sungai Pinang. – Bernama 

 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.