Bahasa

Anak syarikat TNB terima dua Anugerah Tenaga Asean

Anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd, TNB Janamanjung Sdn Bhd baru-baru ini telah menggondol dua anugerah  di majlis berprestij Anugerah Tenaga Asean 2013, yang diadakan di Bali, Indonesia.

Syarikat, di dalam satu kenyataan di sini berkata, kedua-dua anugerah itu ialah untuk Amalan Terbaik Asean dalam kategori Projek Arang Batu.

Anugerah itu diterima oleh Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Roslan Ab Rahman.

TNB Janamanjung adalah satu-satunya pengendali loji kuasa arang batu Malaysia bersaing untuk anugerah-anugerah berkenaan.

Untuk sub-kategori CSR, ia mengalahkan sembilan pengendali lain dari Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Pada masa ini, TNB Janamanjung mempunyai kapasiti jana kuasa 2,100 megawatt menerusi tiga loji kuasa arang batu dengan kapasiti jana kuasanya akan meningkat dengan tambahan 1,000 megawatt sebaik sahaja loji baharunya siap pada 2015. – Bernama, 5 Oktober, 2013.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.