Bahasa

Anggota polis mati dilanggar penunggang motosikal

March 20, 2012

KUANTAN, 20 Mac — Seorang anggota polis, Zahari Che Min, 45, maut manakala anak lelakinya Mohd Syazmi, 11, hanya cedera ringan dalam kemalangan di Km356 Jalan Raub-Bentong semalam.

Di petik Bernama Online, Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata dalam kejadian yang berlaku pada pukul 7.45 petang itu, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah bandar Raub menuju ke Bentong.

“Ketika hendak membelok masuk ke simpang sebelah kanan, dia dipercayai terjatuh dengan sendiri bersama-sama anaknya dan pada masa sama, sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 28 tahun dari arah Bentong merempuh mangsa,” katanya.

Penunggang motosikal yang merempuh dua beranak itu cedera ringan.

Mayat mangsa telah dituntut keluarganya dan akan dikebumikan di kampungnya di Tumpat, Kelantan, katanya.

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi