Bahasa

Anwar akan jadi PM jika Pakatan menang pilihan raya, kata DAP

Lim berkata pilihan sepakat di kalangan parti PR lebih penting dalam memilih perdana menteri.Lim berkata pilihan sepakat di kalangan parti PR lebih penting dalam memilih perdana menteri.KUALA LUMPUR, 19 Nov — DAP mengekalkan pendiriannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kekal menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihan raya umum akan datang.

Berikutan dengan tekanan delegasi PAS dalam Muktamar Agungnya minggu lalu untuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi bakal perdana menteri, DAP mengingatkan orang ramai bahawa Anwar adalah pilihan pakatan tersebut untuk menjadi pemimpin negara.

“Ini adalah pilihan sepakat bagi ketiga-tiga parti, bahawa jika Pakatan Rakyat menang, Anwar yang akan menjadi perdana menteri,” kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng selepas ditanya wartawan di lobi parlimen.

Bila ditanya tentang cadangan pemimpin parti yang memenangi paling banyak kerusi untuk mendapat kerusi perdana menteri, Lim berkata pilihan sepakat di kalangan parti PR lebih penting.

“Kami sudah fikirkan bahawa yang mampu mewakili seluruh PR, seluruh rakyat Malaysia adalah Anwar,” kata setiausaha agung DAP itu, dengan mengatakan itu jika partinya lebih kerusi dari PKR dan PAS.

Semalam Hadi akhirnya menerima sokongan dari ahli PAS untuk beliau menjadi perdana menteri akan datang, dengan berkata beliau bersedia untuk memerintah negara sekiranya PR memenangi pilihan raya.

 “Saya bersedia untuk menjadi perdana menteri, tetapi saya berdoa kepada Allah untuk memberikan kita kemenangan,” kata presiden PAS dalam ucapan penutup muktamar agung yang ke-58 parti tersebut.

Ahli parlimen Marang tersebut berkata demikian selepas beberapa delegasi telah berulang kali berkata dalam muktamar tersebut bahawa perdana menteri haruslah datang dari parti Islam.

Kenyataan Abdul Hadi dan sokongan dari delegasi parti itu bertentangan dengan pendirian yang diambil oleh pimpinan PR, bahawa berulang kali menyokong ketua umum PKR itu untuk menjadi perdana menteri.

Sayap Ulama PAS juga mahu parti tersebut menjadi kuasa utama dalam PR supaya Abdul Hadi boleh dilantik sebagai menteri Kabinet.

Pada Sabtu lalu, Abdul Hadi berkata beliau lebih rela menjadi “khadam” untuk negara berbanding mengejar jawatan tersebut.

Respon Anwar sangat positif dari ahli PAS, dengan berkata cadangan tersebut boleh dibincangkan walaupun hasratnya untuk menjadi perdana menteri sudah bukan menjadi rahsia lagi.

MENYUSUL LAGI

 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.