Bahasa

Anwar beri amaran penjara bagi pemimpin Pakatan yang korup

Beliau memberi amaran berkenaan kepada semua pemimpin parti, termasuk PKR, PAS, mahupun DAP.

Walaupun PR jelasnya kekurangan pengalaman dalam pentadbiran, mereka tidak akan berjaya menyelesaikan semua masalah pentadbiran peringkat nasional, namun berjanji akan menghapuskan gejala rasuah di peringkat kerajaannya.

"Kita tidak akan mampu menyelesaikan semua masalah pada hari pertama, namun dalam setiap ceramah saya ... saya tidak dapat memberi jaminan untuk menyelesaikan kesemuanya.

"Satu perkara, yang saya pasti akan selesaikan, saya akan hentikan pembolotan kekayaan negara bermula dari hari pertama," katanya (gambar) selepas merasmikan badan pemikir parti berkenaan, Institut Rakyat di sini.

"Sesiapa yang melakukan kesalahan akan dihantar ke Penjara Sungai Buloh ... lagipun bilik saya masih kosong," katanya merujuk kepada penjara beliau dipenjarakan atas kesalahan liwat lewat pada 90an.

Salah seorang daripada hadirin petang itu turut membangkitkan soalan berkenaan bagaimana rancangan PR bagi "menguruskan jangkauan", merujuk kepada pelbagai "janji-janji" yang ditabur pembangkang bagi menarik undi menjelang PRU.

"Ia soalan yang kritikal. Betul, setiap bahagian, penganggur akan rasa mereka akan dapat kerja minggu depan, dan komuniti perniagaan akan merasakan mereka mempunyai peluang," kata Anwar.

"Ada banyak simpanan, namun ianya sukar ... saya merasakan saya sangat bertuah, dalam perbincangan dengan (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, (Presiden PAS) Datuk Seri Hadi Awang, (Presiden PKR) Datuk Seri Wan Azizah (Wan Ismail), ada banyak persamaan dari detik pertama, bahawa tiadanya rasuah dan pembolotan kekayaan.

"Tidak kira sama ada PKR, DAP, atau PAS ... apabila melibatkan duit ....," kata Anwar sambil menggelengkan kepalanya.

Keseluruhan sistem katanya perlu dirombak bagi memastikan rasuah tidak akan berupaya dilakukan dan menghukum mereka yang melanggar undang-undang.

Anwar menambah, ianya adalah "sistem Pakatan" dan bukan hanya melibatkan PKR, yang mana melibatkan mekanisme yang telus, termasuk pelantikan anggota sistem kehakiman.

 

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments