Bahasa

Anwar gagal ketepikan dakwaan perhimpunan haram

Oleh Boo Su-Lyn
January 04, 2013
Latest Update: January 05, 2013 01:04 am

KUALA LUMPUR, 4 Jan — Mahkamah Sesyen disini menegaskan mereka tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan perintah majistret menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) April lalu.

Pada 28 Mei ketua umum PKR itu memfailkan di mahkamah untuk mengenepikan perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir yang menghalangnya untuk menghadiri atau menyertai mana-mana perhimpunan di Dataran Merdeka dari 28 April hingga 1 Mei, 2012.

Pihak pendakwa bagaimanapun pada 7 November membuat bantahan awal terhadap permohonan Anwar, berhujah Mahkamah Sesyen tidak mempunyai kuasa untuk mengenepikan atau membatalkan perintah mahkamah rendah (majistret).

“Akta Mahkamah Rendah dengan jelas menyatakan tidak ada kuasa mahkamah untuk mengkaji keputusan mahkamah rendah,” kata Hakim Mahamud Abdullah disini hari ini.

“Jadi, berdasarkan permohonan pemohon, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mengkaji semula perintah majistret atau mengisytiharkan ia batal dan tidak sah,” kata Mahamud lagi.

Peguam Anwar Ram Karpal Singh hari ini berkata bahawa beliau akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.

Mahamud menetapkan 28 Februari untuk sebutan rayuan terhadap keputusan mahkamah hari ini.

Anwar, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan ketua cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin didakwa pada 22 Mei lepas kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang jalan di sini dan melanggar seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (PPT).

Ketiga-tiga didakwa dengan dua tuduhan tambahan pada 28 Mei - yang pertama adalah kerana bersubahat untuk menghasut tiga ahli PKR, dinamakan sebagai Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim @ Alias, untuk membuka benteng polis yang menutup Dataran Merdeka pada 28 April sewaktu perhimpunan menuntut reformasi pilihan raya.

Caj lain di bawah seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan Tangam, Rajesh dan Farhan untuk menentang perintah mahkamah yang menyekat penggunaan Dataran Merdeka bagi perhimpunan duduk bantah Bersih 3.0.

November lalu, peguam Anwar, Karpal Singh memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa PPT adalah tidak berperlembagaan kerana ia melanggar hak untuk berhimpun secara aman.

Perhimpunan 3.0 Bersih yang menuntut pilihanraya bebas dan adil bertukar huru-hara apabila beberapa penunjuk perasaan memecahkan benteng di Dataran Merdeka, yang menyebabkan polis menembak gas pemedih mata dan meriam air.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Akta Perhimpunan Aman di Parlimen tahun lepas berkata bahawa ia membolehkan rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan aman “selaras dengan norma-norma antarabangsa”.

 

 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi