Bahasa

Anwar menang saman terhadap Utusan, mahkamah kata akhbar tersebut tidak bertanggungjawab

Oleh Nomy Nozwir
January 21, 2013

Anwar Ibrahim di gambar fail ini, iringgi oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. — Gambar Choo Choy MayAnwar Ibrahim di gambar fail ini, iringgi oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. — Gambar Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 21 Jan — Mahkamah Tinggi memutuskan Utusan Malaysia didapati bersalah kerana memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Hakim Datuk VT Singham juga berkata ia tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab, dan mengatakan defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan.

“Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan,” Hakim Singham memberitahu mahkamah.

 “Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif.”

Mahkamah juga mendapati Anwar tidak pernah berkata “LGBT harus dibenarkan” dalam temubualnya bersama BBC, dan artikel tersebut mengatakan Anwar tidak layak memegang jawatan kerajaan dan menjadi ketua pembangkang.

Anwar memfailkan saman fitnah RM50 juta kepada Utusan dan ketua pengarangnya pada Januari lalu kerana menuduh beliau menyokong hak kumpulan gay.

Pada perbicaraan 18 Julai tahun lalu, Anwar memberitahu mahkamah bahawa “menjadi pengetahuan umum” Utusan Malaysia adalah milik Umno dan menerima arahan dari presiden parti tersebut.

Beliau juga bersetuju homoseksual tidak seharusnya disokong untuk mempertahankan kesucian institusi perkahwinan, tetapi mengatakan undang-undang kuno yang perlu dirujuk semula agar orang tidak bersalah tidak dihukum.

Sementara itu, Anwar ketika ditemui di lobi mahkamah berkata, ia adalah keterangan yang terperinci menjelaskan bahawa hakim mempertahankan kebebasan.

Beliau menempelak bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang mengeluarkan kenyataan tersebut di Utusan sebagai “bertopengkan agama untuk kepentingan sendiri”.

“Hakim secara jelas mengatakan bahawa beliau mempertahankan kebebasan media tetapi bukan mempertahankan kebebasan fitnah.

“Kita semua tahu bahawa Utusan adalah milik Umno, dan mempunyai wakil dari Perdana Menteri dalam ahli lembaga pengarah akhbar itu,” kata Anwar.

Sementara itu, peguam Anwar, N. Surendran berkata keputusan hakim adalah adil dan munasabah.

“Intipati dari penghakiman ini ialah hakim menjunjung kebebasan media tetapi menolak fitnah.

“Hakim juga berkata artikel tersebut sebagai tidak bertanggungjawab, dan defendan (Utusan) tidak berlaku professional,” kata Surendran.

Awal tahun lalu, Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, apabila mahkamah tinggi mendapati pihak pendakwa tidak mempunyai cukup bukti ke atas ketua pembangkang itu meliwat Saiful.

Beberapa hari selepas ahli parlimen Permatang Pauh itu dibebaskan, Utusan Malaysia di muka depan menulis laporan bertajuk “Anwar ulas isu gay”, mendakwa Anwar memberitahu BBC dalam wawancaranya berkata undang-undang menentang homoseksual di Malaysia sebagai “lapuk” dan “tidak relevan”.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi