Bahasa

Pakatan tidak mensasarkan perubahan radikal seperti Arab Spring, kata Anwar

Oleh Boo Su-Lyn

April 15, 2013

Anwar berkata PR akan menghapuskan rasuah dengan mempromosikan kebebasan institusi seperti kehakiman, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. – Gambar oleh Choo Choy MayAnwar berkata PR akan menghapuskan rasuah dengan mempromosikan kebebasan institusi seperti kehakiman, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. – Gambar oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 15 April — Pakatan Rakyat (PR) tidak mensasarkan untuk membuat “perubahan radikal” di Malaysia sekiranya mereka memenangi Pilihan Raya 2013, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Ketua pembangkang itu berkata PR akan menghapuskan rasuah dengan mempromosikan kebebasan institusi seperti kehakiman, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain menjadikan mereka bertanggungjawab kepada Parlimen.

“Ia bukannya bermakna membuat perubahan radikal kepada sistem sedia ada,” kata Anwar dalam satu wawancara bersama saluran televisyen Amerika Syarikat (AS) CNBC pagi ini.

“Apa yang kami perlukan adalah pemerintahan yang baik untuk memperkukuhkan institusi demokrasi.

“Jadi, transisi demokrasi berlaku melalui pilihan raya.

“Jadi, anda tidak boleh membandingkannya dengan pergolakkan di Timur Tengah dan Arab Spring,” tambah beliau.

Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan mengatakan Febuari lalu pihak yang kalah dalam pilihan raya umum ke 13 akan menganjurkan kebangkitan rakyat seperti di Timur Tengah untuk menggulingkan kerajaan.

Revolusi Arab Spring tercetus di Timur Tengah dan Afrika Utara pada 2011 menggulingkan regim autokratik seperti Tunisia, Mesir, Libya dan Yemen.

Anwar menegaskan PR telah menunjukkan pemerintahan baik dan kejayaan ekonomi di negeri yang mereka perintah seperti Pulau Pinang dan Selangor selepas memenangi pada Pilihan Raya 2008.

“Kami akan lebih berjaya. Lima tahun ini, kami semakin biasa dengan kerajaan,” katanya.

Pilihan Raya 2013 dikatakan paling sengit dalam sejarah pilihan raya negara dan PR bekerja keras untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah berkuasa separuh dekad semenjak negara mendapatkan kemerdekaan.

Anwar membangkitkan tentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengatakan apa-apa sebagai respon kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang tidak mahu bekerjasama dengan SPRM berhubung dengan siasatan mengenai penjualan tanah di negeri Borneo itu.

“Kita mempunyai ketua menteri yang boleh secara rasmi tidak mahu bekerjasama dengan penguatkuasa anti rasuah dan tidak ada apa-apa yang dikatakan,” kata Anwar.

Ketua Umum PKR itu walau bagaimanapun mengatakan kerajaan PR tidak akan memburu secara agressif mereka yang dituduh rasuah pada masa lalu kerana ianya akan menyebabkan ketidakstabilan .

“Tidak boleh menghukum keadilan. Kita tidak boleh terus menggali terlalu banyak pada masa lalu kerana kita perlu untuk memerintah,” kata Anwar.

“Tetapi kita telah memberi amaran bahawa amalan itu mesti dihentikan. Dana dicuri sebanyak berbilion-bilion itu perlu diberikan kembali kepada negeri tersebut,” katanya.

Anwar juga menyatakan “gelombang sokongan” untuk PR di Malaysia Timur meningkat di kalangan orang-orang asal yang marah pada BN di atas pembalakan dan isu-isu tanah.

“Ini telah ditunjukkan dalam video Global Witness yang mengejutkan ramai pemerhati,” kata Anwar merujuk kepada klip video yang dikeluarkan oleh NGO antarabangsa itu baru-baru ini.

“Datuk Seri Najib tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan akses ini dan rompakan yang mengorbankan golongan miskin dan terpinggir,” kata bekas timbalan perdana menteri itu.

“Tsunami Politik “ dalam Pilihan Raya 2008 menyaksikan lima negeri di semenanjung Malaysia hilang dari penguasaan gabungan pemerintah itu akan tetapi negeri Malaysia Timur seperti Sabah dan Sarawak kekal sebagai deposit tetap BN.

PR, walau bagaimanapun, telah berusaha untuk membuat kejutan di negeri-negeri Borneo dalam usaha untuk mendapatkan kuasa persekutuan.

Anwar juga menegaskan PR akan meneruskan projek Iskandar Malaysia di Johor, tetapi menegaskan penyertaan penduduk tempatan perlu ditingkatkan.

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mendakwa pada Januari lepas bahawa Melayu Johor kini merupakan masyarakat paling miskin di Malaysia disebabkan oleh Iskandar Malaysia.

DPMM telah berkata program penswastaan tanah Putrajaya dan penjualan tanah kepada orang asing secara besar-besaran di bawah projek itu telah mencetuskan inflasi besar-besaran di negeri selatan berhampiran Singapura itu.

 

 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi