Bahasa

Putrajaya gagal selesaikan konflik Sabah selepas 23 hari, kata Anwar

Oleh Mohd Farhan Darwis
March 06, 2013
Latest Update: March 07, 2013 01:46 am

Anwar menegaskan kepimpinan kerajaan dilihat gagal untuk menyelesaikan insiden itu.Anwar menegaskan kepimpinan kerajaan dilihat gagal untuk menyelesaikan insiden itu.

Mengambil contoh insiden di Sauk pada 2000, Anwar menegaskan, kepimpinan kerajaan dilihat gagal untuk menyelesaikan insiden itu, kerana pasukan keselamatan berjaya menyelesaikan pemberontakan kumpulan Al-Maunah dalam masa empat hari.

“Kegagalan di peringkat kepimpinan, dalam menyelesaikan insiden di Lahad Datu terbukti apabila kes ini tidak selesai walaupun selepas 23 hari,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

“Mana kenyataan pemimpin? Kementerian Dalam Negeri, Menteri Pertahanan? kenapa perlu tunggu 23 hari? berlaku kelemahan dalam memberi arahan,”tegasnya.

Situasi berbeza turut dijanjikan Anwar sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara ini, yang mana jelasnya tidak akan memperjudikan maruah dan kedaulatan negara.

“Polis dan tentera, bila ada situasi seperti itu perlu ada struktur arahan (command structure) yang jelas, saya rasa ia tiada di sana.

“Jika kita ambil alih, kita janji kita tidak akan benarkan mana-mana militan masuk ke negara ini ...  demi kedaulatan dan maruah negara,” katanya kepada pemberita di sini.

"Kita tak tahu maknanya kerajaan telah selesaikan masalah itu, ini perkara yang kita bimbang, kita tak tahu sama ada ia akan berakhir di sini," kata ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dalam sidang media sebelum itu.

"Penyelesaian politik perlu dilaksanaan sebagai strategi jangka panjang untuk menyelesaikan isu di Sabah," katanya lagi.

Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF) semalam dalam kenyataannya berkata 10,000 bangsa Sulu telah mula menyelinap ke Sabah untuk membantu rakan Filipina mereka yang digempur pasukan tentera, lapor The Philippine Inquirer.

Dakwaan merekaitu, yang bercanggah dengan kenyataan pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina, kerana menegaskan laluan keluar masuk di sekitar perairan Lahad Datu telah dikawal.

Inquirer turut melaporkan perkara itu dinafikan berlaku oleh Ketua Angkatan Tentera Barat Mindanao, Lt. Gen, dan pemangku Gabenor Wilayah Autonomi Muslim Mindanao (ARMM) Mujib Hataman.

Johari menegaskan laporan bercanggah daripada media antarabangsa dan tempatan menyebabkan masyarakat keliru dengan situasi sebenar di Lahad Datu.

"Adakah kerajaan memandang rendah keupayaan penceroboh? Kenapa tidak dihalang dari mula? Adakah ia berlaku akibat kegagalan risikan kita?" soalnya.

Pasukan keselamatan Malaysian semalam telah membedil kedudukan penceroboh yang mendakwa sebagai Tentera Kesultanan Sulu di Kg Tamdou semalam menggunakan pesawat pejuang F18 dan Hawk.

Sejurus selepas itu, laporan media Filipina melaporkan ketua kumpulan penceroboh, Agbimuddin Kiram dan pengikutnya hanya melihatserangan dan letupan dari jarak 1km daripada lokasi mereka berkubu.

Ketegangan telah memasuki hari ke 24 telah meragut 28 nyawa setakat ini.

Selain serangan udara, pasukan pertahanan turut menghantar lima batalion lagi pasukan tentera dan mendakwa "misi mereka mencapai objektif" namun masih lagi tiada mayat penceroboh yang ditemui ekoran serangan tersebut.

 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi