Bahasa

Anwar: RCI Sabah hanya lindungi dalang kepada ‘pendatang mengundi’

KOTA MARUDU, 12 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa kerajaan sengaja mendedahkan siapa yang bertanggungjawab dalam menjadikan “pendatang yang mengundi” dengan melindungi orang-orang tertentu.

Ketua pembangkang (gambar) itu berkata suruhanjaya diraja itu telah gagal dari awal kerana tidak ada langkah seperti mencari siapa yang bertanggungjawab dan menghukum orang-orang yang terlibat.

“Ini adalah jenayah yang besar, terutamanya melibatkan rasuah, penipuan dan pemalsuan dokumen. Tetapi, tidak ada dalam terma untuk menghukum pesalah dalam RCI ini,” beliau memberitahu wartawan selepas majlis pengumuman kemasukan seorang bekas anggota Barisan Nasional (BN) ke Pakatan Rakyat (PR) hari ini.

RCI yang ditubuhkan bagi menyiasat pendatang tanpa izin di Sabah bagi menyiasat jika adanya kesalahan memberi kad pengenalan kepada warga asing dan diletakkan dalam daftar pemilih.

Tetapi dalam terma panel yang diumumkan di Kota Kinabalu semalam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tidak termasuk mendedahkan identiti mereka yang terlibat dalam memberi kad pengenalan kepada warga asing ini.

Pembangkang sering menyalahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  dalam peningkatan pendatang asing dalam negeri itu dengan mendakwa beliau terlibat dengan projek yang dikenali sebagai “Projek M” atau “Projek IC”.

“Projek IC” dikatakan bermula pada 1980an ketika Dr Mahathir berkuasa, dimana kad pengenalan Malaysia diberikan kepada warga asing di Sabah untuk mengekalkan BN dalam pemerintahan.

“Ya, nampaknya Dr Mahathir gementar dengan RCI,” kata Anwar di sini.

“Tetapi BN mesti memberi jaminan bahawa mereka tidak memilih bulu, dalam mencari siapa yang menerima rasuah dan memalsukan dokumen, jika tidak seluruh RCI akan gagal,” katanya lagi.

Anwar menambah bahawa pengundi Sabah mungkin ada yang meragui RCI, kerana keengganan kerajaan selama bertahun-tahun untuk mewujudkan panel.

Dia menerangkan masalah berdekad ini tidak mampu diselesaikan dalam masa enam bulan untuk panel ini memberi cadangan kepada kerajaan.

Ketua umum PKR itu berkata ini cuma permainan politik, kerana penubuhannya hampir dengan pilihan raya akan datang, dan menambah bahawa Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) dalam membaiki pilihan raya, akan gagal untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

"Ini semua cuma gimik. Mereka (kerajaan) tidak serius. Saya percaya ramai rakyat Sabah tidak percaya dengan RCI kerana sudah beberapa kali permintaan mereka untuk panel ini tidak diterima," katanya lagi.

Najib semalam mengumumkan terma dalam RCI selepas dua minggu dua ahli politik Sabah — ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing dan ahli parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin keluar parti.

Mereka berdua tidak berpuas hati dengan kerajaan melengah-lengahkan RCI, walaupun Kabinet telah bersetuju untuk mewujudkannya pada 8 Februari tahun ini.

Di Sabah, topik pendatang tanpa izin ini sudah menguasai isu pilihan raya sejak 1970 dengan kebanyakan penduduk asal percaya pendatang ini mencipta masalah sosial, ekonomi dan keselamatan.

Kira-kira 27 peratus dari 3.12 juta penduduk Sabah dikatakan adalah dari pendatang.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.