Bahasa

Anwar: Saya tidak kata Dr M lebih baik mati

Anwar kemudiaan menghentam musuh politik beliau, Datuk Seri Najib Razak, kerana tidak berani untuk melawan Dr Mahathir. – Gambar Reuters Anwar kemudiaan menghentam musuh politik beliau, Datuk Seri Najib Razak, kerana tidak berani untuk melawan Dr Mahathir. – Gambar Reuters

KUALA LUMPUR, 29 April — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan telah mengatakan bekas Perdana Menteri (PM) Tun Dr Mahathir Mohamad “lebih baik mati” dalam ucapannya di Segamat pada Rabu lalu, seperti dilaporkan akhbar New Straits Times.

Malam tadi, dihadapan kira-kira 7,000 penyokong di pasar malam Paya Jaras, di dalam Parlimen Subang, Anwar berkata kenyataannya itu adalah respon terhadap komen Dr Mahathir awal bulan ini yang ingin menamatkan kerjaya politik pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

“Apa yang saya katakan ialah: Mahathir berkata beliau mahu mengkebumikan Kit Siang di Johor. Kubur Kit Siang akan berada di Johor. Tanah perkuburan Anwar akan berada di Permatang Pauh - tanam dia di Permatang Pauh,” kata Anwar, mengulangi komen Dr Mahathir.

“Saya berkata, Mahathir sudah berusia 87 tahun dan dia masih berfikir untuk menanam orang lain - lebih baik fikir tentang kubur sendiri! Itu yang saya katakan. Adakah itu salah? Saya tidak meminta dia mati,” katanya yang disambut dengan tepukan.

Anwar telah diterbangkan dari Sabah, dan telah diberikan sambutan wira oleh orang ramai yang berbilang kaum dengan sorakan “Reformasi” dan “Ini Kalilah! Ubah! “.

Kebanyakkan orang ramai yang keluar untuk menyambut Anwar terdiri majoriti masyarakat Melayu, ia gambaran 70,000 penduduk Paya Jaras yang terdiri daripada 60 peratus Melayu, 30 peratus Cina dan 10 peratus India.

Anwar kemudiaan menghentam musuh politik beliau, Datuk Seri Najib Razak, kerana tidak berani untuk melawan Dr Mahathir.

“Saya ingin memberitahu Mahathir bahawa saya bukan Najib. Mahathir mengutuk Cina dan India. Apabila Ambiga menganjurkan Bersih, dia mengancam untuk melucutkan kewarganegaraannya.

“Saya mahu beritahu Mahathir, ini adalah negara rakyat, bukan negara bapa anda... dan jika mahu memimpin kamu perlu mempertahankan setiap rakyat yang berada dalam negara ini.”

Anwar kemudiaan menjelaskan tentang perpaduan kaum, beliau berkata: “Saya seorang Melayu, saya seorang Melayu berbangga... tetapi untuk menjadi seorang Melayu berbangga... Saya tidak perlu menghina orang lain. Saya tidak perlu mengancam membakar Kitab orang lain.

“Umno sentiasa berkata 1 Malaysia tetapi mereka yang mengancam membakar Injil kini disokong oleh Umno di Kelantan. Orang-orang yang menghina agama Hindu telah menjadi calon Umno di Shah Alam,” katanya merujuk kepada pemimpin-pemimpin Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin.

Anwar menggesa orang ramai turun mengundi pada pilihan raya umum akan datang 5 Mei depan, serta menambah setiap undi kepada Pakatan Rakyat (PR) adalah undi untuk pembelaan maruah manusia, tanpa mengira kaum.

Jeffrey Tan, 55, seorang ahli perniagaan, berkata beliau sudah lama menjadi penyokong PR dan akan terus berbuat demikian.

“Anwar bercakap itu betul. Kita perlu perubahan. Kerajaan kita sudahh terlalu rosak, ia sangat jelas. Dan mereka fikir kita tidak ada otak - mereka memberitahu kita apa yang difikirkan dan apa yang perlu dilakukan. Tetapi kita boleh berfikir untuk diri kita sendiri,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Seorang penjawat Melayu 48 tahun awam, yang enggan namanya disiarkan, berkata: “Saya menyokong Anwar kerana dia adalah satu-satunya yang boleh menyatukan semua kaum bersama-sama. Beliau mempunyai bakat itu. Semua orang boleh menerimanya.”

Turut hadir pada ceramah adalah penyandang ahli parlimen Subang R. Sivarasa, calon DUN Paya Jaras Khairuddin Othman, calon DUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong dan calon DUN Kota Damansara Dr Mohd Nasir Hashim.

Kerusi Parlimen Subang menyaksikan pertarungan lima penjuru antara Sivarasa dengan calon Barisan Nasional (BN) A. Pakas Rao, calon Berjasa Mohamad Ismail dan dua calon bebas - Nazaruddin Mohamed Ferdoos dan Datuk Edros Abdullah.

Paya Jaras kerusi DUN akan menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara PAS Khairuddin Othman dan calon Umno, Datuk Mohamad Bushro Mat Johor.

 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.