Bahasa

Apabila agama dan undang-undang bergeser, peguam jadi pemimpin

OLEH JENNIFER GOMEZ
August 01, 2013

Jagir Singh di pejabatnya. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 1 Ogos,2013.Jagir Singh di pejabatnya. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 1 Ogos,2013.Majlis Perundangan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST), persatuan  kumpulan agama yang terkenal di Malaysia lega kerana  kini mereka diwakili peguam sebagai presiden dan ini pasti lebih memudahkan mereka menguruskan isu berkaitan perpaduan antara agama di Malaysia, terutama jika ia membabitkan undang-undang.

Ia bermula apabila barisan peguam kerajaan tampil dengan rang undang-undang parlimen yang membenarkan salah seorang ibu bapa untuk membuat keputusan menetapkan agama anak, walaupun ibu atau bapa anak berkenaan membantahnya.

Di sini, Jagir Singh tampil membawa suara yang lantang daripada MCCBCHST membantah keras rang undang-undang itu. Rang undang-undang itu kemudian ditarik balik selepas tidak dipersetujui ramai pihak termasuk pemimpin dari pakatan pemerintah.

Sebelum ini, Jagir adalah timbalan presiden MCCBCHST, tetapi sejak seminggu lalu, beliau kini adalah presiden majlis itu.

Majlis itu mendapati pembuat undang-undang agak pelik sejak beberapa tahun terakhir ini. Majlis itu tegas terhadap beberapa kebangkitan cabaran undang-undang terkini berbanding cara hidup rakyat Malaysia terdahulu.

Dengan pengalamannya sebagai bekas pegawai pendakwa di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selama sembilan tahun tentu mampu membantu majlis berkenaan beroperasi dengan lebih baik. Selepas 11 tahun berkhidmat dalam kerajaan, Jagir memilih untuk membuka firma undang-undang sendiri. 

Beliau juga pernah menulis buku mengenai undang-undang Malaysia dan mengambil masa dua tahun menyiapkannya. Maka, kesimpulannya beliau agak arif dengan undang-undang.

Ini tentunya memudahkan majlis apabila salah satu cabaran besar yang menanti majlis ialah melawan arus menolak pendapat hanya satu agama melebihi yang lain, walaupun dengan undang-undang negara.

Bercakap kepada The Malaysian Insider semalam, Jagir berkata:”Perkara pertama yang hendak saya katakana ialah masyarakat bukan Islam tidak pernah mempertikaikan Persekutuan dan agamanya. Tetapi, ada sesetengah pihak fikir bahawa Artikel 3 boleh diterjemahkan sebagai bermaksud Undang-undang Syariah boleh menolak atau membatalkan ini.

Beliau bercakap mengenai kelaziman yang berlaku terhadap salah anggap konsep kedudukan Islam di Malaysia, timbul daripada tafsiran Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan. Ia menyatakan bahawa ` Islam adalah agama rasmi Persekutuan; tetapi agama lain boleh diamalkan dalam damai dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan.’

Katanya, Perlembagaan jelas menyatakannya dalam undang-undang utama Persekutuan.

Jagir berkata:”Ini menunjukkan bahawa undang-undang Islam tidak boleh digunapakai di sini dan tidak boleh menolak kekuasaan Perlembagaan. Tetapi, apabila kita cakap perkara ini, mereka tuduh kita mempersoalkan. Tetapi, kita bukan buat begitu, ini adalah fakta.”

Tambahnya, walaupun majlis berdiri untuk lima agama utama bukan Islam di Malaysia, ia sentiasa mendoakan kesejahteraan Malaysia dan mendukung prinsip Rukun Negara.

“Majlis yang mewakili 40 peratus populasi ini sejak dulu sejak dulu membuat kenyataan untuk mengubah tanggapan mereka yang berkuasa, merayu mereka untuk mengiktiraf hak semua agama,” katanya.

Mengapa tidak ada pemimpin Islam dalam majlis itu untuk melengkapkan kumpulan? Jagir berkata:”Orang Islam beritahu mereka lebih tinggi dalam agama, jadi mereka tidak boleh duduk sama taraf dengan bukan Islam.

“Ketua agama mereka juga tidak mahu duduk bersama bukan Islam. Lebih pun, mereka mempunyai jabatan agama, mufti dan kumpulan ulamak, tetapi, untuk bukan Islam, hanya ada satu,” katanya.

Jagir berkata, apabila majlis mengadakan perbincangan mengenai sesuatu isu dengan orang Islam, ia dilakukan hanya menerusi organisasi bukan kerajaan (NGO) Islam dan bukan ketua agama Islam.

Bagaimana pula dengan jawatankuasa antara agama yang ditubuhkan Kabinet, dua tahun lalu untuk memupuk pemahaman dan harmoni antara agama?

Jagir yang juga ahli jawatankuasa itu, berkata perbincangan mereka tidak boleh didedahkan secara terbuka, tetapi belum ada kata sepakat dicapai mengenai isu besar seperti penukaran agama anak dan penggunaan perkataan `Allah’.

Maka, jalan di hadapan memang berliku dan majlis amat memerlukan kepimpinan yang kuat.

Jagir berkata, masyarakat bukan Islam mahu kepimpinan yang tidak memilih warna dan bukannya mereka yang menuduh orang lain.

Mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai golongan bukan Islam yang menghina Islam, Jagir berkata:”Saya sangat bimbang masyarakat luar bandar akan percaya dengan mudah kenyataannya itu dan mungkin fikir bukan Islam memang menghina agama Islam.

“Ini akan mencipta ketegangan antara kaum, sedangkan hakikatnya ialah masyarakat bukan Islam sendiri bertindak dengan lebih tenang apabila hak mereka diganggu, yang nampaknya kerap berlaku sejak akhir-akhir ini,” katanya.

Beliau berkata, pemimpin masyarakat dari Sabah dan Sarawak kurang menunjukkan keprihatinan mereka terhadap kepentingan isu agama.

“Mereka jarang berkata apa-apa, mungkin tidak mahu mempertaruhkan jawatan masing-masing. Jadi, beban jatuh kepada NGO seperti kami,” katanya.

Di sebalik semua itu, Jagir berkata, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz adalah satu-satunya menteri yang berani bersuara membantah cadangan rang undang-undang membenarkan hanya seorang ibu atau bapa sudah boleh menukarkan agama anak yang di bawah umur kepada Islam.

“Ini menunjukkan bahawa dalam Umno, masih ada yang berfikiran terbuka,” katanya.

Bercakap mengenai aktivis berprofil tinggi, beliau berkata:”Walaupun orang seperti Mariam Mokhtar dan Marina Mahathir sering dilabelkan sebagai terlalu liberal, mereka sebenarnya adalah orang yang menunjukkan versi sebenar Islam yang menyebarkan keadilan dan sama rata dengan melayan semua sama.”

Jagir yang mempunyai empat anak lelaki itu, berkata beliau meletakkan perspektif dan hala tuju dalam kerja majlis terutama ia akan menyambut ulang tahun ke-30 penubuhannya pada bulan depan.

“Kami hanya badan agama berkumpulan tanpa sebarang kuasa eksekutif dan undang-undang,” kata presiden baru itu. – 1 Ogos, 2013.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi