Bahasa

Badan dakwah di Sabah diminta laksana program dakwah secara terancang

June 30, 2012

SANDAKAN, 30 Jun — Badan dakwah dan institusi Islam di negeri ini diminta agar sentiasa berbincang, merancang dan melaksanakan program dakwah secara terancang dan diselaras dengan berkesan.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata ia penting bagi memastikan mesej dakwah dapat disampaikan dengan sempurna mengikut keperluan dan kumpulan sasar yang telah dikenal pasti.

"Ini termasuklah mengambil kira penglibatan golongan belia dengan pengisian pelbagai aktiviti yang dapat menarik mereka dalam pembangunan ummah," katanya ketika merasmikan Seminar Memperkasa Dakwah peringat Daerah Sandakan di sini hari ini.

Beliau berkata dalam giat merancang dan melaksanakan usaha-usaha pembangunan, kerajaan negeri juga menitik berat tanggungjawab penyebaran dakwah Islamiah di negeri ini.

Atas faktor itu, sumbangan dana diagih kepada pelbagai agensi yang melaksanakan secara khusus penyebaran dakwah Islamiah, katanya.

Musa berkata dalam usaha untuk menyebarkan dakwah, pendekatan yang berkesan dan teknologi terkini perlu diguna tanpa mengabaikan semangat perpaduan dan persefahaman dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama. — Bernama

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi