Bahasa

Bapa Saiful cari saya untuk dedahkan konspirasi, kata Johari

Oleh Md Izwan dan Ida Lim
March 09, 2013
Latest Update: March 09, 2013 09:01 pm

KUALA LUMPUR, 9 Mac — Datuk Johari Abdul mendakwa bapa Saiful Bukhari Azlan yang mencarinya untuk membantu pendedahan “konspirasi politik” berkenaan aduan liwat anaknya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu mengaturkan sidang akhbar Azlan Mohd Lazim yang mendakwa semalam terdapat konspirasi oleh pegawai di Jabatan Perdana Menteri akan tetapi Saiful kemudiannya menafikan dakwaan tersebut.

“Salam, bapa Saiful (yang) cari saya.

“Beliau yang meminta kita untuk dedahkan semua ini, tidak mungkin bapa beliau begitu bodoh sehingga boleh dipengaruhi,” kata Johari kepada The Malaysian Insider selepas Saiful menafikan konspirasi tersebut.

Anggota parlimen itu mengatakan penafian Saiful adalah satu penghinaan kepada bapanya.

Beberapa jam selepas sidang akhbar bapanya, Saiful dan peguamnya Zamri Idrus bercakap kepada media mengenai pertuduhan Azlan.

Anwar Ibrahim dibelakang kenyataan bapanya, cadangkan Saiful (kiri). — Gambar failAnwar Ibrahim dibelakang kenyataan bapanya, cadangkan Saiful (kiri). — Gambar failSaiful mencadangkan Anwar dibelakang kenyataan bapanya mengenai pertuduhan liwat kedua, memberi amaran kepada pemimpin pembangkang itu agar tidak menggunakan Azlan untuk mencapai matlamatnya.

Saiful tidak memberikan apa-apa bukti untuk menguatkan dakwaannya tetapi hanya menunjukkan kehadiran Johari untuk dalam sidang akhbar dimana ayahnya memohon maaf kepada Anwar dan keluarganya diatas penderitaan yang mereka lalui untuk mengukuhkan kenyataannya.

Akan tetapi Azlan semasa sidang akhbarnya memberitahu beliau melakukan perkara tersebuat secara “sukarela”.

Saiful menafikan aduan liwatnya terhadap Anwar — ketua umum PKR yang merupakan majikannya dahulu adalah konspirasi politik dan terkejut dengan dakwaan bapanya.
“Tidak, kes liwat ini tidak dirancang oleh pegawai di Pejabat Perdana Menteri,” kata Saiful semalam.

Malahan, Saiful juga menafikan khabar angin mengatakan bapanya tersebut mengalami masalah kewangan ataupun berselisih faham, sambil menambah beliau sedih dan kesal dengan tindakan bapanya tersebut.

Azlan  dalam pembelaan mengejutnya terhadap Anwar, lima selepas Anwar didakwa di mahkamah, mengakui kes liwat kedua yang adalah sebuah “konspirasi politik jahat” untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) itu.

Lelaki berumur 60 tahun itu mengatakan kebenaran akhirnya membuat beliau semakin jelas dengan kes itu.

Azlan yang ditemani oleh dua rakannya juga menolak pengakuan yang dibuatnya hari ini adalah kerana desakan ataupun tekanan mana-mana pihak, sebaliknya dilakukan dengan rela hati.

Apabila ditanya mengapa menunggu sehingga semalam untuk tampil membuat pengakuan, Azlan berkata ia adalah kerana selepas membuat penilaian sendiri dan menerusi maklumat yang disampaikan oleh orang terdekat, beliau mula dapat melihat kebenaran disebalik kes melibatkan anaknya tersebut.

Kes liwat kedua Anwar bermula setelah  laporan polis dibuat oleh Saiful, bekas kakitangan beliau mendakwa telah diliwat oleh penasihat PKR tersebut.

Saiful mendakwa dirinya telah diliwat oleh Anwar di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Pada 7 Ogos 2008, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Walau bagaimanapun, pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Anwar tidak bersalah atas kes liwat  yang dihadapi oleh beliau.

Namun, pada 20 Januari 2012 Pejabat Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful.

Notis itu yang ditandatangani oleh Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun telah difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.

Pendakwaan memohon rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful akan didengar Julai ini.
Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman hingga 20 tahun penjara dan sebat jika disabitkan kesalahan.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi