7-day Archive: 
The Malaysian Insider

Bahasa

Bekas Adun Sanggang meninggal dunia

October 18, 2011

TEMERLOH, 18 Okt — Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanggang Datuk Abdul Halim Mohd Seth, 64, meninggal dunia malam tadi akibat komplikasi jangkitan paru-paru dan buah pinggang.

Menurut bekas Adun Kerdau, Datuk Ridzuan Harun, Allahyarham Abdul Halim meninggal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur pada 9.05 malam selepas dimasukan ke hospital itu sejak enam hari lepas.

Kerusi Sanggang kini dikenali sebagai Kerdau.

Allahyarham pernah menjadi wakil rakyat Sanggang selama sepenggal dari tahun 1986 sehingga 1990.

“Jenazah akan disemadikan Selasa bersebelahan kubur ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Bangau Tanjung selepas sembahyang zuhur,” katanya dipetik Bernama Online.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hasanah Putih, 53, dan empat anak yang terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan.

Allahyarham merupakan adik kepada bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Yahya Mohd Seth.