Bahasa

Belanjawan 2013: Perumahan mampu milik harapan utama BN

KUALA LUMPUR, 28 Sept — Pemimpin Barisan Nasional (BN) menyertai rakyat Malaysia bagi menuntut perumahan mampu milik terutamanya untuk memenangi golongan berpendapatan pertengahan yang semakin membesar, akibat daripada harga hartanah mula melonjak berbanding pendapatan bagi setiap golongan.

Apabila ditemubual oleh The Malaysian Insider, perumahan yang mampu dimiliki mendahului senarai hasrat untuk Bajet 2013 adalah, diikuti oleh peningkatan pengangkutan awam, sistem subsidi lebih tersusun berasaskan keperluan, peruntukan lebih baik bagi pendidikan dan bantuan kebajikan.

“Saya ingin melihat rumah mampu milik untuk semua peringkat penduduk termasuk masyarakat India,” kata Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel.

“Perumahan mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana, terutama golongan bergaji,” kata timbalan presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn apabila ditanya untuk senarai hasrat beliau.

Bekas Exco Kerajaan Negeri Perak itu menegaskan bahawa harga hartanah telah melonjak melebihi kemampuan perbelanjaan purata seorang rakyat Malaysia, sekaligus melenyapkan impian untuk memiliki rumah bagi mana-mana orang muda dewasa yang bekerja.

“Lebih banyak rumah harga berpatutan bagi pembeli kali pertama,” kata presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS, Tan Sri Dr James Jemut Masing.

“Perumahan lebih berpatutan untuk golongan makan gaji dan profesional muda,” kata ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker mengulangi pandangan rakan-rakannya dari BN.

Menyertai korus, Senator Umno Datuk Ikhwan Sujak berkata terdapat keperluan bagi mengawal spekulasi dalam pasaran hartanah untuk mengelakkan harga perumahan didorong meningkat.

“Sudah tentu, terdapat keperluan untuk rumah, RM400,000 untuk rumah adalah lebih murah berbanding dengan yang lain, tetapi terdapat keperluan memberi tumpuan lebih kepada kemampuan membeli,” kata pemimpin tersebut.

Beberapa pemimpin BN juga menekankan keperluan penambahbaikan ke atas sistem pengangkutan awam sekarang.

P. Kamalanathan daripada MIC berkata terdapat keperluan meningkatkan sambungan luar bandar dengan sistem pengangkutan yang lebih teratur.

Beliau berkata pengangkutan pendalaman adalah aspek penting untuk membawa pembangunan kepada masyarakat luar bandar.

“Kita memerlukan jalan raya yang baik dan pengangkutan awam pantas. Infrastruktur yang lebih baik, transformasi luar bandar teratur dan sistematik diperlukan ... sekurang-kurangnya anda boleh kawasan bandar dengan luar bandar,” katanya.

Datuk Hasan Arifin dari Umno berkata pengangkutan awam harus diletakkan antara beberapa keutamaan dalam perbelanjaan bajet kerajaan bagi tahun hadapan.

Beliau menegaskan bahawa sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan murah akan meningkatkan sambungan bandar dan luar bandar serta  membantu menurunkan harga hartanah.

“Kerajaan juga perlu melihat cara-cara untuk mengurangkan kemiskinan bandar dan kos sara hidup untuk menjana kualiti hidup yang lebih baik,” katanya.

Bekas timbalan Menteri Besar Pahang itu juga berkata kerajaan juga perlu mengkaji semula struktur cukai semasa, termasuk memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang menjadi kontroversi hinggakan ia terpaksa ditangguhkan ekoran bantahan daripada orang awam.

Para pemimpin lain turut bersetuju bahawa negara perlu meluaskan pengenaan cukai, disamping mencadangkan menyusun semula sistem subsidi bagi memberi manfaat kepada golongan miskin dan bukannya golongan berpendapatan tinggi.

Kamalanathan menegaskan bahawa pada masa ini, subsidi petrol membawa lebih banyak memberi manfaat kepada orang kaya. Tetapi mereka yang memiliki kenderaan berkuasa besar menggunakan lebih banyak petrol dan mendapat manfaat subsidi yang lebih banyak berbanding orang miskin.

“Satu sistem baru diperlukan supaya subsidi sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” kata ahli parlimen Hulu Selangor itu.

Chang juga bersetuju dengan hal ini dan berkata pemilik kenderaan yang berkuasa besar dan mahal tidak perlu menerima subsidi tersebut.

“Penstrukturan subsidi petrol sebagai sistem semasa memberi manfaat kepada orang lebih kaya berbanding golongan miskin. Subsidi mesti memberi tumpuan kepada kelompok berpendapatan sederhana dan rendah,” katanya.

Bajet 2013 yang akan dibentangkan hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangkakan “bajet pilihan raya” yang bertujuan untuk membantu BN menarik undi menjelang pemilihan akan datang.

Menurut laporan Reuters hari ini, dalam bajet tersebut defisit diramalkan lebih rendah untuk 2013 tetapi tidak akan membuat rombakan drastik dalam cukai dan subisidi kerana enggan mengundang rasa tidak puas hati orang ramai menjelang pilihan raya.

Senarai harapan pemimpin BN untuk Bajet 2013:

Senator Umno, Datuk Ikhwan Salim Sujak

“Cukai perlu diturunkan, kedua-duanya sekali individu dan korporat. Kita juga perlu laksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), ia perlu dilakukan secara beransur-ansur untuk kumpul lebih banyak pendapatan. Terdapat maklumat salah mengenai GST.

“Terdapat juga keperluan untuk membantu golongan berpendapatan sederhana yang kurang meningkat dan potongan cukai akan membantu.

“Bagi perumahan terdapat keperluan untuk mengawal spekulasi dan Bank Negara perlu mencegah perkara ini.

“Subsidi mesti selari secara beransur-ansur dengan peningkatan pendapatan, pendapatan asas mesti merekod peningkatan bersih yang lebih tinggi daripada penurunan subsidi”.

Timbalan Menteri Pelajaran dari Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi

“Saya harap ada berita baik untuk guru-guru dan peruntukan untuk pendidikan akan lebih banyak. Kita perlu banyak dana untuk memulakan pelaksanaan rangka tindakan bermula tahun depan.”

Senator Umno, Sharifah Azizah Syed Zain

“Dua perkara utama yang perlu diberi tumpuan ialah pembiayaan untuk bangunkan perumahan mampu milik dan juga untuk membiayai lebih banyak program untuk wanita.”

Ahli Dewan Undangan Sabak Bernam dari Umno, Datuk Warno Dogol

“Perlu ada dana diperuntukkan bagi bantuan kecemasan kepada petani dan nelayan dalam menghadapi bencana seperti banjir dan kehilangan yang menyebabkan mereka kehilangan pendapatan.

“Terdapat juga keperluan untuk menyediakan perumahan kos rendah , terdapat banyak permintaan di sini.”

Bekas Timbalan Menteri Besar Pahang dari Umno, Datuk Hasan Arifin

“Kajian perlu dilakukan dalam sektor perumahan, struktur cukai dan GST, ia hanya dapat dilaksanakan jika semua orang memahami.

“Pengangkutan awam perlu menjadi keutamaan. Jika ia baik dan murah, akan terdapat harga lebih rendah untuk perumahan.

“Kerajaan juga perlu melihat cara-cara menangani kemiskinan bandar dan kos sara hidup untuk menjana kualiti hidup yang baik.”

Kota Belud MP dan Setiausaha Umno Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan

“Bagi Sabah, terdapat keperluan meningkatkan peruntukan dalam infrastruktur. Walaupun terdapat dana yang diperuntukkan di bawah NKRA, ia perlu dipercepatkan.

“Saya juga berharap kerajaan pusat membenarkan kerajaan negeri untuk menentukan keutamaan projek.

“Sebagai warga Kota Belud sendiri, saya agak bimbang dengan bekalan air dan jalan raya.”

Ketua Bahagian Wanita UMNO Shah Alam, Radziah Ahmad

“Terdapat keperluan untuk menyediakan diperuntukkan bagi membantu ibu tunggal. Bajet ini termasuk peruntukan yang akan menggalakkan syarikat-syarikat menyediakan banyak peluang pekerjaan untuk wanita.”

Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel

“Saya ingin mencadangkan bahawa bajet 2013 mengurangkan atau memansuhkan cukai bagi kereta 2000 cc dan ke bawah.

“Saya ingin melihat peruntukan yang baik dari bajet negara tahunan bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat India dan membawa masyarakat ke dalam pembangunan ekonomi arus perdana.

“Saya juga mahu melihat rumah mampu milik untuk semua peringkat penduduk termasuk masyarakat India.

“Saya mahu melihat lebih banyak peruntukan untuk pembangunan sekolah Tamil dan lebih banyak peluang untuk pendidikan tinggi serta bantuan kewangan bagi mereka untuk melanjurtkan pengajian.”

Ahli parlimen MIC, P. Kamalanathan

“Kami memerlukan jalan raya yang baik dan pengangkutan awam yang tepat pada masanya. Infrastruktur yang lebih baik, transformasi luar bandar yang teratur dan sistematik diperlukan ... sekurang-kurangnya anda boleh menyambung kawasan bandar dengan luar bandar.

“Keutamaan masyarakat India ialah bantuan pendidikan daripada kerajaan untuk pembangunan sekolah. Perlu ada lebih banyak program pembangunan belia untuk membantu memajukan kanak-kanak luar bandar.

“Saya juga berharap peningkatan dalam peluang pekerjaan untuk masyarakat, khususnya dalam perkhidmatan awam.

“Satu sistem subsidi berstruktur baru diperlukan supaya subsidi hanya sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.”

Senator MIC, Datuk Daljit Singh

“Saya ingin melihat lebih banyak wang yang diperuntukkan dalam bajet untuk pendidikan, lebih banyak biasiswa dan pinjaman yang disediakan kepada semua pelajar berdasarkan merit.

“Saya ingin melihat pembiayaan untuk peniaga-peniaga kecil dan IKS meningkat serta lebih banyak peluang untuk sektor pertanian.”

Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn

“Saya ingin melihat perumahan yang lebih murah untuk kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana terutamanya gaji.  Harga pasaran hartanah telah meningkat dengan mendadak dan di luar kemampuan rakyat Malaysia.

“Perlu terdapat pengangkutan awam yang lebih cekap dan berpatutan bagi menggurangkan penggunaan kereta persendirian.

“Penstrukturan subsidi petrol hanya memberi manfaat kepada lebih kaya daripada golongan miskin. Subsidi mesti memberi tumpuan kepada kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah. Pemilik kereta besar tidak perlu subsidi. Kecualikan mereka daripada subsidi supaya ia boleh digunakan untuk kesihatan dan pendidikan.”

Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Oh Tong Keong

“Bajet 2013 perlu membantu golongan miskin untuk meningkatkan pendapatan keluarga mereka, cuka pendapatan minimum perlu dinaikkan kepada RM4,000 dan lebih banyak rumah pangsa kos rendah (PPR) perlu dibina untuk menunjukkan  kerajaan mengambil berat golongan miskin.”

Pertubuhan United Pasokmomogun Kadazandusun Murut (Upko), Tan Sri Bernard Dompok

“Saya mahu Bajet 2013 merangkumi peruntukkan yang lebih banyak untuk sesetengah kawasan, terutamanya di luar bandar untuk menangani ketidakseimbangan. Peruntukkan perlu lebih banyak untuk persekolahan dan bantuan kepada orang kurang bernasib baik.”

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sr Dr James Masing Gemut

“Saya ingin melihat perumahan lebih murah untuk pembeli kali pertama, lebih banyak dana di kawasan luar bandar supaya penduduk Sarawak dapat gunakan jalan raya, lebih banyak dana membenarkan penyelidikan pendidikan dalam teknologi baru dan aktiviti pertanian yang lebih baik, lebih banyak pembiayaan awam untuk perladangan kelapa sawit yang melibatkan tanah adat dan lebih dana untuk menghubungkan Kapit ke seluruh Sarawak. “

Ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker

“Saya ingin melihat perumahan yang lebih murah bagi golongan berpendapatan dan golongan profesional muda. Serta pelepasan cukai yang lebih tinggi untuk individu dan pengecualian cukai terhadap NGO yang bergantung kepada dana asing dan bajet yang lebih besar untuk menaik taraf infrastruktur dan perkhidmatan awam.”

 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.