Bahasa

Berita Mr Bean masuk Islam hanya bahan lawak

Berita pelawak terkenal, Rowan Atkinson (gambar) memeluk Islam nampaknya hanya menjadi bahan lawak sahaja apabila jurucakapnya, Lucy mengesahkan bahawa pelawak yang popular dengan komedi bersiri Mr Bean itu tidak berhasrat untuk memeluk Islam.

"Setahu saya, Rowan Atkinson tidak memeluk Islam," kata Lucy seperti dilapor Yahoo Entertainment hari ini.

Sebelum ini, berita mengenai pelawak terkenal dunia Mr Bean yang dikatakan memeluk Islam tersebar merata laman web dan juga media sosial.

Ia dikongsikan dalam Facebook selepas laman anti Israel, Salbadi.com dan media dari Indonesia, Islampos.com melaporkan pengucapan syahadah oleh Mr Bean.

Rowan dikatakan telah memeluk agama Islam selepas menonton filem "Innocence of Muslim", iaitu sebuah filem kontroversi yang menghina Nabi Muhamad.

Apa yang menguatkan lagi spekulasi tersebut adalah sumber itu turut medakwa tokoh agama dari Tunisia Sheikh Rashid Ghannousyi menjadi pembimbing dan individu bertanggungjawab mengajar Atkinson tentang Islam. - 7 Oktober, 2013.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments