Bahasa

Biar pengundi tentukan ‘taktik licik’ BN dalam isu RoS, kata DAP

Oleh Boo Su-Lyn

April 18, 2013
Latest Update: April 19, 2013 06:23 am

 

Lim Guan Eng berkata keputusan ROS adalah Lim Guan Eng berkata keputusan ROS adalah KUALA LUMPUR, 18 April — Pengundi akan membuat keputusan pada pilihan raya 5 Mei jika mereka menyokong “taktik licik” Barisan Nasional (BN) selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) membuat keputusan untuk tidak mengiktiraf pucuk pimpinan DAP,” kata Lim Guan Eng hari ini.

Setiausaha agung DAP itu mengatakan, keputusan RoS itu dibuat kurang dari tiga hari sebelum penamaan calon pada Sabtu menunjukkan ini adalah “BN paling teruk pernah dilihat dalam sejarah”.

“Ini adalah penghinaan, ini tindakan keji,” kata Lim yang kelihatan kecewa kepada wartawan di ibu pejabat DAP hari ini.

“Ini adalah pembunuhan watak. Ini adalah pembunuhan politik. Saya sangat kecewa dengan taktik licik ini,” tambahnya.

Lim mengatakan calon DAP akan bertanding menggunakan logo bulan PAS di semenanjung dan logo mata PKR di Malaysia Timur dalam pilihan raya umum ke 13 jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memberikan kebenaran kepada calon DAP untuk menggunakan logo roket mereka.

“Surat paling penting untuk dikeluarkan adalah untuk menarik semula surat ini,” katanya, merujuk kepada surat RoS bertarikh 17 April, 2013 yang tidak mahu mengiktiraf pemegang jawatan DAP yang dipilih pada 15 Disember, 2012.

Lim mengatakan beliau tidak mempercayai jaminan mulut SPR DAP boleh menggunakan logo roket mereka dalam Pilihan Raya 2013, mengatakan calon DAP perlu menunjukkan surat yang ditandatangani oleh setiausaha agung kepada SPR, mengesahkan mereka untuk menggunakan logo parti.

“JIka CEC tidak diiktiraf, kami tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan surat kuasa,” kata Lim merujuk kepada ahli jawatankuasa kerja pusat DAP.

Beliau menambah tindakan undang-undang sukar kerana masa yang singkat.

Lim yang juga merupakan ketua menteri kerajaan sementara Pulau Pinang mempersoalkan begaimana RoS boleh menghukum DAP semasa masih dalam proses menyiasat pemilihan parti.

Beliau mengatakan RoS telah, pada hari sama, mengeluarkan satu lagi surat meminta dua orang ahli DAP untuk hadir ke inkuiri pada 9 Mei

Setiausaha agung PAS dan PKR Datuk Mustafa Ali dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang turut hadir semasa sidang akhbar mengatakan parti mereka membenarkan penggunaan logo parti kepada calon DAP.

Pilihan raya umum ke 13 dikatakan paling sengit dalam sejarah pilihan raya selepas BN hilang majoriti tradisi dua pertiga di parlimen pada Pilihan Raya 2008.

Keputusan RoS itu akan menjejaskan peluang calon DAP di 49 kerusi parlimen dan lebih 100 kerusi DUN pada pilihan raya 5 Mei, oleh kerana mereka bertanding di kebanyakkan kawasan majoriti Cina dimana Roket popular dan bukan logo lain.

MCA telah berulang kali memberi amaran kepada pengundi Cina agar tidak menyokong Pakatan Rakyat (PR) dengan mendakwa PAS akan menguatkuasakan undang-undang hudud di negara ini.

Logo roket parti itu berada merata-rata dalam pilihan raya umum 2008, di mana bertanding di 149 kawasan pilihan raya, termasuk 47 kerusi Parlimen dan memenangi 28 kerusi Parlimen dan 63 kerusi negeri.

Sembilan belas daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah di Pulau Pinang dimana mereka membentuk kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan PAS. 

Ketiga-tiga parti ini masih lagi membentuk satu pakatan formal menyebabkan mereka perlu menggunakan logo masing-masing dalam pilihan raya akan datang.

Penerima manfaat segera daripada tindakan RoS dua hari sebelum hari penamaan calon itu adalah parti komponen Barisan Nasional (BN) MCA, yang kehilangan pengaruh disebabkan populariti DAP selepas pilihan raya umum 2008.

Parti Cina itu telah "meminjamkan" tiga kerusi Parlimen untuk Umno akibat daripada kehilangan sokongan dilihat sebagai risiko kepada gabungan pemerintah itu pada pilihan raya 5 Mei.

 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi