Bahasa

Black 505: 1% enggan pulang dan mendirikan khemah

Oleh Lionel Morais, Pengarang Urusan
June 22, 2013

Gambaran besar perhimpunan Black 505 berlangsung tanpa sebarang insiden walaupun segelintir daripada peserta perhimpunan membuat keputusan untuk berkhemah di Padang Merbok dan menguji kesabaran pihak berkuasa.

Lebih 20,000 peserta perhimpunan hadir dengan pakaian hitam, membanjiri jalan raya dari tujuh lokasi di Kuala Lumpur sebelum berarak ke Padang Merbok sambil menjeritkan slogan anti Barisan Nasional (BN). Semuanya berakhir pada pukul 6.00 pm.

Hanya tinggal satu peratus.

Lebih kurang 200 anak muda mewakili Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat keputusan untuk tidak pulang.

Bagaimana rakyat Malaysia merekodkan sejarah pada hari ini bergantung kepada sepertimana mereka menghuraikan fakta di atas.?

Pengkritik akan menyalahkan 200 orang mahasiswa dan anak muda yang memasang 40 khemah di padang dan bercadang untuk terus tinggal di situ sehingga Parlimen bersidang pada Isnin.

Mereka akan mengatakan ini adalah pendudukan, seperti yang menyebabkan perubahan di luar negara.

Yang lain-lain akan melihat kepada gambaran lebih besar dan 95 peratus pulang ke rumah.

Tumpuan adalah kepada satu peratus yang tinggal pada ketika ini.

Mereka mengatakan akan berkhemah sehingga hari pertama persidangan Parlimen ke 13 Malaysia bermula pada Isnin. Mereka turut mendesak peletakan jawatan kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mereka telah meminta orang ramai untuk menghantar bekalan sebaik sahaja memulakan perkhemahan. Lebih ramai anak muda dan mahasiswa dijangkakan akan datang membawa khemah sebentar lagi.

Pihak berkuasa dijangkakan akan bertindak pantas dan menamatkan episod ini.

Sebelum itu beberapa daripada mahaiswa ini terlibat dalam pertengkaran kecil dengan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mahu merobohkan khemah.

Penguatkuasa itu terpaksa berundur apabila peserta perhimpunan datang untuk membantu kumpulan anak muda itu.

Terdapat papan pemberitahuan di Padang Merbok memberi amaran agar tidak boleh menganggu struktur di situ.

Mereka yang melanggar amaran itu boleh didenda sehingga RM2,000 atau dipenjarakan sehingga setahun.

Ini telah mengundang konfrontasi diantara pihak berkuasa dan SAMM. – 22 Jun, 2013.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi