Bahasa

BN menang, terkejut dengan ‘Tsunami Cina’; Anwar tidak terima keputusan

Najib berkata sentimen kaum dimainkan untuk memenangi undi etnik kedua terbesar itu. - Gambar Reuters Najib berkata sentimen kaum dimainkan untuk memenangi undi etnik kedua terbesar itu. - Gambar Reuters

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kemenangan Barisan Nasional (BN) hari ini selepas pilihan raya paling sengit akan tetapi mengakui gabungan tersebut tidak menyangka “tsunami Cina” yang menyaksikan kehilangan undi komuniti tersebut dengan drastik.

Pengerusi BN itu, walau bagaimanapun, menyalahkan pembangkang di atas tsunami berikut, mengatakan sentimen kaum dimainkan untuk memenangi undi etnik kedua terbesar itu.

“Saya fikir mereka terpengaruh dengan sesetengah perkara yang dibawa oleh pembangkang … dan sebab itu terdapat peralihan … dan terdapat banyak sentimen di sana, sesetengahnya, perkauman, yang dimainkan dalam pilihan raya ini, yang tidak sihat untuk negara ini,” katanya semasa sidang akhbar jam 1 pagi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.


“Akan tetapi, walaupun terdapat kehilangan undi, BN tidak jatuh,” tambah beliau.

Sehingga pukul 12.50 pagi ini, BN menang PRU13 dengan 112 kerusi Parlimen berbanding PR 58.
 

 

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments