Bahasa

BN mungkin akan menang PRU13 dengan sokongan luar bandar, kata The Economist

Kelihatan kain rentang Barisan Nasional digantung di Taman Sentosa. - Gambar oleh Siow Feng SawKelihatan kain rentang Barisan Nasional digantung di Taman Sentosa. - Gambar oleh Siow Feng Saw The Economist

The Economist bagaimanapun mengatakan keputusan pilihan raya, yang paling ditunggu-tunggu dan dijangka paling sengit dalam sejarah Malaysia meragukan buat pertama kali.

“Kelebihan masih memihak kepada BN,” menurut The Economist dalam artikel “Malaysia’s looming election: Video nasties”.

“Kawasan pilihan raya memberi kelebihan kepada penduduk luar bandar, dilihat lebih konservatif dari kawasan bandar yang kritikal, kosmopolitan dan mempunyai talian Internet,” menurut majalah itu lagi.

Pemantau pilihan raya Tindak Malaysia mengatakan pada April tahun lalu satu undi pengundi luar bandar sama dengan enam pengundi bandar, menurut persempadanan pilihan raya sekarang.

 

Pengasas Tindak Malaysia PY Wong berkata gabungan pemerintah tersebut memenangi 112 dari 139 kerusi terkecil dalam Pilihan Raya 2008, dan memberi majoriti mudah di Parlimen dengan hanya 18.9 peratus dalam undi popular, dan jumlah kerusi tidak berubah untuk Pilihan Raya 2013.

Wong juga berkata pembahagian yang tidak sekata sertam manipulasi pensempadanan pilihan raya menyebabkan BN mampu menang 62 kerusi dengan hanya 6.2 peratus undi popular sahaja.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Selasa mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan diterima oleh isi rumah yang mendapat pendapatan RM3000 sebulan atau lebih rendah, akan menerima bantuan tersebut setiap tahun.

The Economist berkata pakatan pembangkang — terdiri dari PKR, DAP dan PAS memenangi undi popular di Semenanjung Malaysia dengan 51 peratus pada pilihan raya 2008 dimana BN kehilangan majoriti dua pertiganya.

“Polisi afirmatif yang diperkenalkan 40 tahun lalu yang memberi kelebihan kepada kaum Melayu dan bumiputera lain menyebabkan minoriti Cina dan India tidak akan memberi sokongan menyeluruh kepada gabungan kerajaan itu,” kata majalah itu lagi.

The Economist juga memberitahu Najib mempunyai kelebihan dalam memenangi pilihan raya, dan berbanding Pakatan Rakyat (PR).

“Dalam keadaan sekarang ia memihak kepada BN kerana mempunyai sumber yang banyak,” katanya lagi.

The Economist berkata kurangnya berita dalam arus perdana mengenai pencerobohan Sulu di Sabah membantu BN dalam menghadapi pengundi Sabahan dari keturunan Filipina.

“Sememangnya pencerobohan itu bakal menyukarkan peluang BN di Sabah, tetapi kerajaan walau bagaimanapun akan mampu ditangani,” kata majalah itu lagi.

The Economist menambah media arus perdana juga mengabaikan isu pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu selepas kematian penyiasat persendirian P. Subramaniam selepas sakit jantung.

“Dalam pendapat umum, Najib dilihat sangat popular dengan 61 peratus menurut satu kajian,” kata majalah itu lagi.

Tetapi The Economist juga menulis tentang tuduhan berulang mengenai salahlaku seks Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin menjejaskan popularitinya. Anwar semalam menyaman blogger pro-Umno “Papa Gomo” kerana menuduh beliau terlibat dalam video seks.

“Beliau (Anwar) masih mempunyai peluang untuk menjadi perdana menteri kerana pengakuan video yang menyebabkan kemarahan orang ramai mengenai rasuah di Malaysia,” kata The Economist merujuk kepada video yang didedahkan oleh aktivis berpengkalan di UK Global Witness Selasa lalu, menunjukkan penyelewengan tanah di Sarawak melibatkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

“Ramai rakyat Malaysia marah, tetapi mereka tidak terkejut,” kata The Economist.

 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.