Bahasa

BN Pulau Pinang: Bukan semua orang kata ‘tidak’ kepada PM

Najib menarik-Yee Sang dengan pemimpin Barisan Pulau Pinang. — Gambar K.E. OoiNajib menarik-Yee Sang dengan pemimpin Barisan Pulau Pinang. — Gambar K.E. OoiKUALA LUMPUR, 13 Feb — Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang percaya musuh mereka telah menghantar pensabotaj untuk menggangu sambutan Tahun Baru Cina mereka yang di hadiri oleh Perdana Menteri, lapor Sinar Harian hari ini.

Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata, beliau percaya percaya kumpulan melaungkan perkataan “No” (tidak) ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertanyakan kepada orang ramai “Are you ready for BN” (adakah kamu bersedia bersama BN) adalah kumpulan dihantar untuk merosakkan majlis dan memberikan persepsi BN ditolak orang ramai.

“Bukan semua yang hadir melaungkan ‘tidak’,” kata Teng dipetik dari akhbar berbahasa Melayu itu hari ini. “Kita ada rakaman video yang menunjukkan sebahagian besar pengunjung melaungkan ‘ya’ apabila perdana menteri bertanyakan soalan itu beberapa kali.

“Saya percaya mereka dihantar untuk sabotaj rumah terbuka yang kita anjurkan ini dan kita dapati ada beberapa pengunjung yang hadir turut memakai baju seperti yang disarankan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.”

Beliau menambah sekiranya kumpulan yang melaungkan perkataan “tidak” itu adalah ahli mahupun penyokong BN, ia adalah satu perkara yang membimbangkan.

Sebaliknya penyanyi sensasi pop global dari Korea Selatan Psy, menerima sambutan hangat dengan tarian “Gangnam” terkenalnya.

Video jeritan “tidak” kepada Najib dan “ya” kepada “Psy” tersebar luas di Internet, mengundang persepsi BN mungkin tidak disokong pengundi Pulau Pinang dalam pilihan raya akan datang.

BN diperintah oleh Gerakan selama hampir empat dekad sebelum jatuh kepada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya 2008.

Lim Guan Eng dari DAP diangkat sebagai Ketua Menteri dinegeri yang dilihat kini sebagai kubu kuat PR.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.