Bahasa

BN sasar tambahan lagi 15 kerusi Parlimen berbanding sasaran awal 160, kata Ahmad Maslan

Oleh Md Izwan
April 13, 2013

KUALA LUMPUR, 13 April — Barisan Nasional (BN) mensasarkan 15 lagi kerusi tambahan bagi Parlimen daripada jumlah sasaran awal sebanyak 160 kata Ketua Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan hari ini.

Keyakinan tersebut dinyatakan oleh Ahmad (gambar) berdasarkan pemerhatian kebelakangan ini mendapati pembangkang Pakatan Rakyat (PR) masih lagi bergelut dan bergaduh sesama sendiri dalam pembahagian kerusi.

“Jangkaan kami pada awal dahulu adalah 160 kerusi Parlimen.

“Tapi dengan perkembangan terkini saya yakin BN akan dapat menambah sekurang-kurangnya 15 kerusi lagi memandangkan pembangkang masih bergelut dalam pembahagian kerusi,” kata Ahmad dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Bekas ahli parlimen Pontian tersebut berkata 15 kerusi tersebut adalah melibatkan kawasan di semenanjung, Sabah dan juga Sarawak.

“Di semenanjung, saya yakin BN akan dapat tambah 11 kerusi, bagi Sabah dan Sarawak pula mungkin empat kerusi lagi,” terang beliau.

Pada pilihan raya 2008 lalu, BN berjaya memenangi 140 kerusi Parlimen daripada 222 keseluruhan.

Sasaran awal kemenangan sebanyak 160 kerusi kepada BN dengan tambahan 20 sebelum ini oleh Ahmad melibatkan lima kerusi daripada PAS, lima kerusi daripada DAP dan 10 kerusi daripada PKR.

Bagi menyokong sasaran itu lagi, Ahmad menegaskan “Tsunami Politik” pada 2008 telah berakhir dan ia berjaya diatasi dengan program dan dasar yang kerajaan lancarkan dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

“Ingin saya tegaskan disini, tsunami sudah dihentikan dan berakhir.

“Semua ini berjaya diatasi menerusi program dan dasar transformasi kerajaan seperti BR1M, KL1M, KR1M dan bermacam-macam lagi,” katanya lagi.

Selepas pilihan raya umum 2008 lalu, kerajaan BN buat pertama kali hilang majoriti dua pertiga tradisional mereka di Dewan Rakyat, dimana PAS memenangi 23 kerusi, DAP memenangi 28 kerusi dan PKR sebanyak 31 kerusi.

MENYUSUL LAGI

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi