Bahasa

BN sedia tiket kapal terbang percuma untuk pengundi Sabah, kata NGO

Oleh Boo Su-Lyn

April 09, 2013

Seorang pemimpin NGO berkata tiket percuma itu diberikan untuk warga Sabah yang menetap di Kuala Lumpur, Pulalu Pinang atau Johor Baru. - Gambar Reuters Seorang pemimpin NGO berkata tiket percuma itu diberikan untuk warga Sabah yang menetap di Kuala Lumpur, Pulalu Pinang atau Johor Baru. - Gambar Reuters

KUALA LUMPUR, 9 April—Barisan Nasional (BN) menawarkan tiket kapal terbang percuma kepada penduduk Sabah yang menetap di Semenanjung untuk mengundi di negeri Borneo itu ketika Pilihan Raya 2013 sebagai balasan kepada sokongan mereka, kata sebuah pertubuhan NGO hari ini.

Pemimpin NGO berkenaan berkata ahli kepada bilik operasi BN yang beribu pejabat di bangunan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Jalan Raja Laut, direkrut semalam untuk mendaftarkan pengundi Sabah yang berminat dengan tawaran tersebut.

“Mereka kata kalau boleh undi BN lah,” katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Namun jika nak undi pembangkang, jangan nampak sangat. Maknanya jangan pakai baju pembangkang,” katanya yang enggan dikenali, dan menambah NGO yang berkenaan menguruskan kebajikan warga Kadazandusun di sini.

Beliau berkata tiket percuma itu diberikan untuk warga Sabah yang menetap di Kuala Lumpur, Pulalu Pinang atau Johor Baru untuk pergi ke bandar-bandar besar di Sabah seperti Kota Kinabalu, Sandakan, ataupun Tawau empat hari sebelum hari mengundi yang dijangka pada 27 April, dan pulang ke Semenanjung pada hari selepas pengundian atau empat hari selepas.

“Ia hanya untuk pengundi berdaftar, namun jika kamu mempunyai suami atau isteri dan anak kecil, boleh bawa mereka sekali,” katanya.

“Saya hanya akan menghantar nama dan nombor IC kepada bilik operasi,” katanya.

Portal Free Malaysia Today melaporkan Ketua DAP Sabahr Dr Hiew King Cheu pada 2010 berkata terdapat hampir 160,000 hingga 200,000 penduduk Sabah bekerjadi Semenanjung, dengan sejumlah besar mereka berasal dari kawasan pedalaman Sabah termasuk Ranau dan Tambunan.

Pembangkang hanya memenangi satu kerusi Parlimen dan DUN di Sabahpada Pilihan Raya 2008, apabila DAP berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Kinabalu dan kerusi DUN Sri Tanjong di Tawau.

Hiew memenangi kerusi Kota Kinabalu dengan majoriti tipis, 106 undi.

BN memenangi kerusi Parlimen Sandakan melalui Presiden Liberal Democratic Party (LDP) Datuk V. K. Liew dengan majoriti 176 undi.

Parti Progressif Sabah (SAPP), melalui Datuk Chua Soon Bui memenangi kerusi Parlimen Tawau di bawah BN dengan majoriti 4,867 undi.

SAPP, bagaimanapun meninggalkan pakatan kerajaan pada September 2008 selepas peristiwa bersejarah dalam Pilihan Raya 2008 yang menyaksikan BN tewas dua pertiga kerusi Parlimen dan pembangkang daripada DAP-PAS-PKR menawan lima negeri - Perak, Kedah, Pulalu Pinang, Kelantan, dan Selangor, yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat (PR).

BN hilang majoriti dua pertiga kerusi apabila hanya memenangi 85 kerusi dan pembangkang pula meraih 80 kerusi.

Di kawasan negeri Borneo pula BN menyapu bersih kerusi apabila memenangi 55 kerusi manakal dua lagi milik pembangkang.

NGO berkenaan bagaimanapun tidak pasti sama ada pengundi yang diberikan tiket juga akan menerima duit poket.

“Menurut mereka, bila kapal terbang mendarat di KK, akan ada satu kaunter untuk mereka mendaftar. Tidak pasti sama ada akan ada duit poket,” katanya merujuk kepada Ibu Negeri Sabah.

“Jika saya kadi mereka, ambil sahaja, duuit kita. Bila dalam tempat mengundi, itu urusan sendiri,” tambahnya dan tidak semestinya akan mengundi BN.

Pilihan Raya 2013 dijangkan akan menjadi persaingan sengit apabila BN bersiap sedia untuk menghadapi kemaraan pembangkang.

 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi