Bahasa

BN Selangor janji ringankan beban kewangan rakyat, tingkatkan kualiti hidup

April 17, 2013






Selain itu ia juga berjanji untuk menyemak dan menurunkan cukai pintu, cukai tanah dan cukai perniagaan yang membebankan rakyat yang dinaikkan oleh kerajaan pakatan pembangkang, jika BN kembali memerintah.

BN Selangor juga akan menyediakan kemudahan WiFi dan pusat jalur lebar percuma untuk masyarakat di kawasan-kawasan strategik di seluruh Selangor, kemudahan taman tema dan pusat rekreasi tempatan serta kemudahan sukan untuk rakyat terutamanya mereka yang telah berkeluarga. Dua lagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) baharu di Selangor akan diwujudkan iaitu Majlis Perbandaran Bangi dan Majlis Perbandaran Kota Raja, menjadikan jumlah PBT di Selangor meningkat dari 12 ke 14.

Langkah itu adalah untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan setiap 14 PBT itu ditingkatkan tahap prasarana keselamatannya dengan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan penubuhan "Rapid Response Team" bagi mencegah jenayah dan mengawal bencana alam.

BN Selangor juga berikrar untuk menyediakan 25,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bernilai RM50,000 seunit, 15,000 unit rumah berkeluasan minimum 850 kaki persegi untuk mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dengan harga RM80,000 seunit.

Skim Perumahan Patriot Sayangi Selangor pula disediakan untuk bekas polis, tentera dan penjawat awam atau agensi kerajaan negeri.

Juga dijanjikan ialah biasiswa untuk golongan miskin dan pinjaman boleh ubah sehingga RM80,000 untuk anak-anak Selangor yang cemerlang ke universiti bagi peringkat ijazah pertama selain daripada meneruskan penubuhan kampus cawangan Universiti Teknologi MARA di Serendah, Hulu Selangor.

Aku Janji BN Selangor juga menyentuh pemodenan pengurusan sampah menggunakan konsep kitar semula dan penjanaan tenaga diperbaharui dengan kaedah baharu selain daripada penyediaan Skim Pinjaman Janasuria Sayangi Selangor sehingga RM40,000 untuk warga Selangor yang ingin menyertai program "Feed in Tariff" menggunakan tenaga suria. — Bernama

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi