Bahasa

BN semakin mendapat sokongan golongan muda Parlimen Pokok Sena

 

POKOK SENA, 30 Mac  Kehadiran kira-kira 10,000 orang pada program Himpunan Orang Muda Parlimen Pokok Sena hari ini jelas menunjukkan sokongan penduduk di kawasan ini terhadap Barisan Nasional (BN), kata Penyelaras BN Parlimen Pokok Sena Datuk Ahmad Lebai Sudin. 

Beliau berkata kehadiran orang muda berumur 21 hingga 35 tahun pada program yang berlangsung di Dataran Pokok Sena itu telah menyuntik semangat jentera pilihan raya Umno dan BN untuk bekerja lebih kuat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang. 

Pemuda Umno telah turun padang menemui golongan muda dan berjaya mendaftar lebih 8,000 pengundi baharu di kawasan ini, katanya kepada Bernama selepas melancarkan program itu. 

Sokongan yang diberikan itu telah meningkatkan keyakinan BN untuk merampas kembali kerusi Parlimen Pokok Sena daripada PAS pada PRU-13, kata Ahmad yang juga Ketua Umno Bahagian Pokok Sena. 

Katanya kegagalan PAS menunaikan janji melaksana projek perumahan Taman Bandar Sejahtera dan Bandar Puteri di sini menyerlahkan kelemahan parti itu dan wajar untuk rakyat menolak mereka. 

Naib Ketua Pemuda Umno Kedah Haris Che Mat yang turut hadir pada program itu berkata keyakinan BN merampas kembali Parlimen Pokok Sena dan Dewan Undangan Negeri Bukit Lada memandangkan kira-kira 40 peratus daripada hampir 85,000 pemilih dalam kawasan Parlimen Pokok Sena adalah pengundi kali pertama dan muda.  Bernama

 

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments