Bahasa

BN yakin menang 145 kerusi parlimen dalam PRU13

Oleh Jahabar Sadiq
Pengarang

February 16, 2013

Najib dikatakan yakin Umno boleh meraih semula kawasan-kawasan yang tipis dimenangi oleh pihak pembangkang. — Gambar fail Najib dikatakan yakin Umno boleh meraih semula kawasan-kawasan yang tipis dimenangi oleh pihak pembangkang. — Gambar fail

The Malaysian Insider difahamkan unjuran BN kira-kira 10 kerusi melebihi kaji selidik dilakukan oleh agensi perisikan Malaysia, yang mengatakan parti pemerintah itu hanya boleh memenangi 135 kerusi, lima di bawah 140 dimenangi dalam Pilihan Raya 2008. BN kini mempunyai 136 daripada 222 kerusi parlimen.

“Kita boleh menang sekurang-kurangnya 145 kerusi menurut taklimat yang dibuat kepada pimpinan,” kata sumber BN kepada The Malaysian Insider.

Angka tersebut masih lagi di bawah majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat yang BN perolehi sebelum pilihan raya pada Mac 2008, dan digunakan untuk membuat undang-undang penting tanpa sokongan pembangkang.

BN perlu memenangi 148 kerusi untuk mendapatkan majoriti dua pertiga itu dalam pilihan raya akan datang yang perlu diadakan menjelang 28 April.

Difahamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pengerusi BN yang mahu mendapatkan mandat peribadi pertamanya, yakin akan menang kembali kerusi Parit Buntar, Bukit Gantang dan Kuala Selangor, kesemuanya kalah dengan majoriti tipis pada pilihan raya lalu.

“PM Najib telah menyatakan keyakinan kita boleh menang dalam kebanyakan kerusi kita telah hilang kerana semuanya adalah kerusi Umno,” kata sumber lain, yang menghadiri taklimat tersebut baru-baru ini.

Kehilangan bersejarah majoriti dua pertiga parlimen dan lima negeri pada Pilihan Raya 2008 dipersalahkan kepada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang meletakkan jawatan pada April 2009 untuk memberikan laluan kepada Najib.

Sejak itu, Najib telah memperkenalkan beberapa inisiatif dan menjanjikan “calon boleh menang” untuk memenangi sokongan bagi BN, yang memerintah sejak merdeka sebagai tiga parti dalam Perikatan sebelum membesarkan dirinya dengan memasukkan parti lain pada tahun 1974 dan menukar nama.

Najib kekal lebih popular daripada partinya walaupun kelulusan kedudukan beliau jatuh kepada 63 peratus pada Disember lepas, turun daripada 65 peratus pada bulan November, yang terendah sejak beliau menerima 59 peratus sokongan pada Ogos 2011, menurut Merdeka Center bulan lepas. Kaji selidik itu ke atas 1018 pengundi dan mempunyai margin kesilapan kira-kira 3 peratus.

Untuk meningkatkan sokongan, Najib melawat Perak semalam, selepas melawat Sabah pada Rabu dan Khamis, dan Johor pada hari Selasa sebagai sebahagian daripada lawatan beliau ke seluruh negara sebelum mengadakan pilihan raya.

Perdana Menteri Keenam negara itu telah melawat kesemua 13 negeri tetapi memberi tumpuan kepada beberapa negeri untuk memastikan kemenangan bagi gabungan itu.

Beliau telah memberitahu pemberita di Sabah parlimen hanya akan dibubarkan apabila semua orang sudah bersedia untuk pilihan raya.

“Sangat hampir, sangat hampir, buat kerja dulu, jangan risau.

“Kita mahu rakyat faham bahawa undi untuk BN adalah undi untuk agenda transformasi negara dan undi untuk keamanan dan kestabilan untuk masa depan lebih cerah,” kata perdana menteri.

Indikasi jelas pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi adalah pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam senarai pengundi baru akan digazetkan pada 22 Febuari. Kali terakhir ianya digazetkan, daftar pemilih mempunyai 13.3 juta pengundi, termasuk 3.1 juta pengundi baru.

 

 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi