Bahasa

Cadangan perkenal semula ISA perlu dibincang - Bernama

July 31, 2013

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyambut baik cadangan supaya diperkenal semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang  dimansuh tetapi ia perlukan kajian mendalam dan mendapatkan pandangan semua pihak.

Beliau berkata, kadar jenayah yang meningkat memang ada kaitan dengan pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan ISA serta kerajaan perlu mewujudkan langkah terbaik bagi menanganinya.

Katanya, cadangan memperkenal ISA harus dikaji dan dibincang semua pihak kerana jika keselamatan negara terjejas, ia bakal memberi kesan negatif kepada keyakinan rakyat dan sektor pelancongan.

Naib Presiden Umno yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kementerian dan Syamille Agro Farm Sdn Bhd bagi projek ternakan lebah kelulut, hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendakwa peratusan besar jenayah sejak kebelakangan ini melibatkan bekas tahanan EO yang dibebaskan. - Bernama, 31 Julai, 2013.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi