Bahasa

‘Chegubard’ diumum sebagai calon DUN Sungai Acheh

KUALA LUMPUR, 10 April — Datuk Mansor Othman mengumumkan Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegubard sebagai calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh.

Kerusi tersebut dimenangi oleh Datuk Mahmud Zakaria  daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2008.

"Harapan parti dengan memilih dia, ini akan membawa perubahan kepada Sungai Acheh dan beri kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat," kata pengerusi PKR Pulau Pinang itu dipetik dari The Star Online.

Pada Pilihan Raya 2008, Badrul Hisham yang juga bekas Ketua PKR Rembau bertanding kerusi Parlimen Rembau dan tewas kepada calon Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau juga pernah bertanding kerusi DUN Rantau akan tetapi tewas kepada Datuk Seri Mohammad Hasan pada 2004.

Sebelum ini, Badrul Hisham telah mengumumkan untuk tidak bertanding sebarang kerusi dalam Pilihan Raya 2013 dan hanya mahu menjadi jentera PR.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tengah hari nanti berkenaan dengan tarikh penamaan calon dan hari mengundi bagi Pilihan Raya 2013.

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments