Bahasa

Chong Sin Woon Ketua Pemuda MCA baru

Chong Sin Woon (tengah) menyambut kemenangannya sebagai Ketua Pemuda MCA dengan ahli parti selepas pemilihan sayap parti itu di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli.Chong Sin Woon (tengah) menyambut kemenangannya sebagai Ketua Pemuda MCA dengan ahli parti selepas pemilihan sayap parti itu di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli.Ketua Biro Pendidikan MCA Chong Sin Woon dipilih sebagai Ketua Pemuda MCA bagi penggal 2013-2016 selepas mengalahkan Datuk Goh Gaik Meng dalam pertarungan satu lawan satu pada pemilihan sayap parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

Chong menang dengan majoriti 93 undi dengan memperoleh 794 undi berbanding Goh yang meraih 701 undi. Goh merupakan Ketua Pemuda Bahagian Batu.

Seramai 1,515 perwakilan mengundi pada pemilihan sayap itu.

Jawatan Ketua Pemuda tidak dipertahankan Datuk Dr Wee Ka Siong, yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu Sabtu ini.

Jawatan Timbalan Ketua Pemuda dimenangi Ketua Pemuda Bahagian Bakri, Chris Lee Ching Yong memperoleh 844 undi untuk mengalahkan Ketua Pemuda Perak Ting Tai Fook, dengan 650 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Speaker Kow Cheong Wei.

Bercakap pada sidang media selepas keputusan diumumkan, Chong berkata sayap Pemuda akan memilih satu aliran politik yang baharu dengan menyuarakan semua aspek berkaitan sosio-ekonomi masyarakat Cina selain isu perjuangan politik parti.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada sokongan perwakilan kerana memilih saya untuk menerajui Pemuda MCA.

"Saya berjanji akan melaksanakan manifesto yang saya umumkan semasa kempen saya dengan agenda pertama iaitu membentuk satu pasukan yang kuat untuk memulihkan kekuatan sayap Pemuda," katanya. – Bernama, 19 Disember, 2013.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments