Bahasa

Dalam keputusan Pilihan Raya 2013, pengakhiran untuk politik perkauman bermula

KUALA LUMPUR, 21 Mei — Pilihan Raya 2013 menunjukkan sistem politik perkauman Malaysia runtuh di bawah kesan pembandaran dan realiti pemerintahan majority Melayu, satu pendapat dalam Wall Street Journal mencadangkan hari ini.

Datuk Seri Najib Razak juga dilihat lebih popular dari Umno, dan seharusnya membantu menyambut perubahan “yang tidak boleh dihentikan” dan bergerak dari politik perkauman, tulis wartawan Hong Kong Philip Bowring dalam akhbar kewangan berpengaruh itu.

Akan tetapi penulis tersebut mengatakan pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama berkhidmat terhadap Umno, masih kuat walaupun telah bersara dari politik pada 2003 dan turut mengetuai kritikan terhadap Najib.

“Tiket perkauman masih kuat di tangan Encik Mahathir, arkitek pemodenan ekonomi yang taksub dengan jenis teori kaum dibentangkan dalam bukunya The Malay Dilemma yang diharamkan pada tahun 1960an,” tulis Bowring.

Beliau mengatakan kritikan terhadap Najib hari ini disebabkan perdana menteri dikatakan terlalu banyak mengalah kepada etnik Cina akan tetapi tidak menerima undi sebagai balasan. Dalam Pilihan Raya 2013, majoriti daripada etnik kedua terbesar itu telah mengundi menentang Barisan Nasional (BN).

Dalam ucapan kemenangannya pada awal pagi 6 Mei, Najib secara terbuka mengakui kurang mendapat sokongan daripada masyarakat Cina dan mengatakan keputusan terburuk BN dalam sejarah pilihan raya itu adalah kerana “tsunami Cina”.

Perdana menteri keenam negara itu dikecam kerana menggunakan kaum untuk mengkategorikan corak pengundian dalam pilihan raya di mana penganalisis mengatakan ianya bukan “tsunami Cina” akan tetapi jurang antara bandar-luar bandar.

Dalam tinjauan awal keputusan pilihan raya, badan tinjauan bebas Merdeka Center mengatakan keputusan menunjukkan peralihan besar dikalangan masyarakat bandar berbilang kaum dan kelas menengah terhadap BN, bukan sahaja masyarakat Cina akan tetapi segmen pengundi Melayu juga.

Teori kaum Mahathir Mohamad masih sebagai dibentangkan dalam bukunya The Malay Dilemma.Teori kaum Mahathir Mohamad masih sebagai dibentangkan dalam bukunya The Malay Dilemma.Pengarah badan tersebut Ibrahim Suffian menerangkan, perpecahan pengundi berlaku diantara kelas dengan kelas pekerja dan bawah kebanyakkannya mengundi BN manakala kelas menengah dan atas mengundi PR.

Analisis juga menunjukkan bekas perdana menteri Dr Mahathir yang berkempen secara habis-habisan untuk BN sudah kehilangan pengaruh dalam politik Malaysia.

Bekas perdana menteri itu memainkan kad perkauman sepanjang 15 hari kempen akan tetapi calon BN yang beliau sokong atau berkongsi idealisme Datuk Zulkifli Noordin dan Datuk Ibrahim Ali kedua-duanya kalah dalam Pilihan Raya 2013.

Di Kedah dimana anaknya sekarang Menteri Besar selepas BN menang — ahli politik tempatan dan pemerhati mengatakan pengundi menolak PAS oleh kerana kelemahan pemerintahan parti PR itu.

Jenama Mahathir tidak memenangi Kedah untuk BN akan tetapi kerana PAS kehilangan negeri itu, kata seorang pemimpin kanan Umno kepada The Malaysian Insider.

Dr Mahathir juga gagal untuk membantu Datuk Abdul Ghani Othman mengalahkan Penasihat DAP Lim Kit Siang di kerusi Parlimen Gelang Patah walaupun beliau menggelar Lim sebagai pelampau perkauman semasa tempoh berkempen.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.