Bahasa

DAP akan guna lambang PAS, PKR jika surat RoS tidak ditarik balik

KUALA LUMPUR, 18 April — DAP menuntut Pendaftar Pertubuhan (RoS) hari ini untuk menarik balik surat tidak mengiktiraf pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti tersebut selewat-lewatnya esok, gagal melakukan sedemikian memaksa mereka menggunakan lambang PKR dan PAS dalam Pilih Raya 2013 nanti.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata laporan Bernama yang memetik Ketua Pengarah RoS Datuk Abdul Rahman Othman hari ini sebagai berkata bahawa DAP masih boleh menggunakan simbol Roket pada pilihan raya 5 Mei nanti masih “tidak cukup baik”.

“CEC DAP dalam mesyuarat malam ini memutuskan RoS perlu membatalkan surat tidak mengiktiraf pemegang jawatan dalam CEC selewat-lewatnya jam 3 petang esok, Jumaat,” katanya kepada wartawan di ibu pejabat DAP hari ini, yang merujuk kepada jawatankuasa pusat parti.

“Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan DAP mengarahkan 53 calon parlimen dan 103 calon-calon negeri di seluruh negara untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang di bawah lambang PAS di Semenanjung Malaysia dan simbol PKR di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Lim mengecam langkah RoS ekoran surat bertarikh 17 April 2013 yang dikeluarkan menjelang dua hari sebelum penamaan calon, berkata ia bertujuan untuk “membunuh peluang DAP dalam pilihan raya dengan memaksa semua calon DAP menjadi calon bebas.”

Ketua menteri sementara Pulau Pinang itu berkata ia adalah “tidak masuk akal” untuk RoS mendakwa DAP tidak menghantar notis mengikut saluran sepatutnya pada kongres nasional Disember lalu, mengakibatkan 753 perwakilan tidak menghadiri mesyuarat pada 15 Dis.

Tokoh utama DAP Lim Kit Siang yang juga berada pada sidang akhbar berkata secara lemah: “Saya mengaku saya menitiskan air mata.”

Kit Siang berkata DAP bimbang pengundi akan keliru jika parti menggunakan logo bulan PAS tetapi menegaskan mereka “dipaksa” untuk mengambil risiko tersebut.

MCA telah sering memberi amaran kepada pengundi Cina yang menyokong Pakatan Rakyat (PR), mendakwa PAS adalah sebuah parti Islam, akan melaksanakan undang-undang hudud di negara yang berbilang kaum ini.

Keputusan RoS ini boleh menyebabkan rancangan DAP untuk menghancurkan MCA pada pilihan raya umum ke-13 tidak kesampaian, terutamanya di kubu kuat parti lawan mereka itu di Johor dimana Kit Siang akan berlawan dengan menteri besar sementara Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di kerusi Parlimen Gelang Patah.

Pilihan Raya 2013 dijangka menjadi pilihan raya negara paling sengit dalam sejarah negara dengan gabungan kukuh pembangkang  berusaha untuk menyingkirkan kerajaan Barisan Nasional (BN) buat kali pertama sejak sejarah kemerdekaan negara.

Guan Eng hari ini berkata terpulang kepada pengundi untuk membuat keputusan jika tindakan Ros adaah sesuatu yang munabsabah.

“Jika mereka merasakan ini adalah benar-benar memalukan, mereka akan menunjukkan kemarahan mereka di peti undi. Kita mahu BN merasakan kemarahan bukan sahaja penyokong kita, tetapi juga hak-pemikiran rakyat Malaysia,” katanya.

Guan Eng menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah terikat dengan surat RoS itu yang menyatakan calon-calon DAP perlu menunjukkan kepada pegawai-pegawai SPR pada hari penamaan surat watikah yang ditandatangani oleh setiausaha agung parti untuk membenarkan mereka menggunakan logo parti.

“Ramai ahli kami menitiskan air mata. Bagaimana anda mahu menjelaskan kepada pengundi anda?” katanya.

 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.