Bahasa

DAP mahu seret RoS ke mahkamah kerana arahan “mengarut”

DAP mengadakan kongres khas parti pada September lalu untuk memilih semula ahli jawatankuasa kerja. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 12 Disember 2013.DAP mengadakan kongres khas parti pada September lalu untuk memilih semula ahli jawatankuasa kerja. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 12 Disember 2013.DAP mahu membawa Pendaftar Pertubuhan (RoS) ke mahkamah selepas menerima surat dari badan itu yang tidak mahu mengiktiraf pemilihan semula parti itu pada 29 September.

Dalam surat bertarikh 12 Disember kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, RoS menasihati Lim untuk memberitahu Ahli Jawatankuasa Kerja (CEC) untuk tidak membuat keputusan bagi pihak parti itu sehingga siasatan berhubung pemilihan semula dijalankan.

Surat itu juga mengatakan DAP akan diberitahu mengenai keputusan penyiasatan mereka dan selepas DAP menyediakan empat set dokumen.

Dokumen diperlukan adalah notis pemilihan semula dihantar kepada 2,575 ahli, senarai perwakilan dengan nama, alamat dan bahagian, senarai 985 bahagian dengan status “Sijil A” dan senarai 1,740 perwakilan yang layak mengundi dalam pemilihan semula itu.

Sambil menggelar arahan itu “mengarut”, Setiausaha Pengelola DAP Anthony Loke (gambar, kiri) berkata, parti itu tidak boleh menerima arahan seperti itu kerana ia akan memberikan implikasi serius.

“Parti itu tidak boleh beroperasi dalam keadaan vakum. Jika RoS mengambil masa lama untuk penyiasatan, apakah kita tidak boleh beroperasi?

“Apakah ini bermakna kami tidak boleh menggunakan pejabat agung dan tidak boleh tandatangani cek untuk membayar pekerja kami?

“Apa yang kami tahu, CEC masih sah dan mempunyai kuasa sehingga RoS memberitahu sebaliknya,” katanya dalam satu sidang akhbar hari ini. – 12 Disember, 2013.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.