Bahasa

DAP masih tunggu perbincangan dengan PKR berhubung pembahagian kerusi PRU ke-13

September 16, 2012

ALOR SETAR, 16 Sept —DAP Kedah masih menunggu perbincangan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri berhubung pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) antara kedua-dua parti bagi pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik berkata sehingga kini, pemimpin PKR negeri langsung tidak berjumpa dengan pihaknya bagi membincangkan perkara itu. Lee, yang juga anggota dewan undangan negeri kawasan Kota Darul Aman, berkata jika PKR gagal untuk bertemu dan berbincang dengan pihaknya, beliau akan menyerahkan perkara itu kepada kepimpinan tinggi pakatan pembangkang.

"Kita tak hadapi masalah dalam soal pembahagian kerusi dengan PAS dan kita hanya tunggu perbincangan dengan PKR sahaja menjelang PRU akan datang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Sebelum ini, DAP menyatakan hasrat mahu bertanding bagi dua kerusi Parlimen iaitu Parlimen Alor Setar dan Padang Serai serta enam kerusi DUN di Bakar Bata, Bakar Arang, Gurun, Kota Darul Aman, Lunas dan Derga. — Bernama

 

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi